CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditetak Parang Kerana Tegur Rakan Malas Basuh Pinggan Lepas Makan

2-8-2019 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2937| Komen: 9

Seorang pekerja ladang berdepan detik cemas apabila dia ditetak dengan parang selepas menegur rakan serumah yang malas mencuci pinggan selepas makan.


Gambar Hiasan


Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku Selasa lalu pada jam 3 pagi di rumah pekerja di Cenderawasih, Lahad Datu.

Difahamkan, lelaki berusia 29 tahun itu sempat melarikan diri ke rumah penyelianya 500 meter dari lokasi kejadian selepas diserang suspek.

Ketika kejadian, mangsa sedang tidur di dalam biliknya sebelum pintu bilik diketuk suspek berusia 25 tahun, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor.

“Mangsa kemudian membuka pintu namun, suspek terus menyerangnya menggunakan parang sambil menolaknya sehingga terjatuh ke lantai.

“Mereka bergelut dan mangsa berjaya merampas parang daripada suspek, namun disebabkan itu dia cedera di kepala, bahu kiri dan calar di pipi kiri serta telinga dan jari telunjuk kanan,” katanya.


Tambahnya, suspek kemudian mendapatkan parang lain di dapur dan mengejar mangsa yang melarikan diri ke rumah penyelianya.

Mangsa yang kemudian diselamatkan, dibawa ke klinik di Cenderawasih sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Nasri berkata, suspek ditahan pada hari sama di rumah pekerja ladang itu jam 1.50 tengah hari. Polis turut merampas dua parang digunakan dalam kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Katanya, mangsa mendakwa suspek mungkin berdendam dengannya ekoran ditegur malas membasuh pinggan.

“Sebelum ini mereka tidak pernah bergaduh. Pada 6 petang sebelum kejadian, mangsa ada melihat suspek seperti kemurungan dan bertanya jika dia ada masalah, namun dia hanya mendiamkan diri,” katanya. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • pngky

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hatikudus 2-8-2019 12:30 PM
Ko makan atas daun aje dekk...minum guna tempurung. Dah malas sgt kan...duk utan jd org utan pun bagus
Quote Xim 2-8-2019 12:47 PM
ni jenis kalau kawen , habis bini jd hamba
Quote umie 2-8-2019 01:42 PM
kalau dah malas nak basuh pinggan baik xyah jadi org. Ko jadi lembu jer...xyah pakai pinggan
Quote Pink_Purple 2-8-2019 01:52 PM
dia ingat kawan dia orng gaji dia basuh pinggan dia...silap2 masak pun mangsa yg jadi tukang masak..
Quote Pink_Purple 2-8-2019 01:54 PM
lepas ni parang kena jadi barang kawalan keselamatan..sbb byk sangat kes parang ni..sikit2 parang..

nak beli parang kena ada lesen..ada syaratnya..mcn senjata api
Quote dewi 2-8-2019 02:00 PM
nak basuh pinggan bukan guna byk tenaga , sekali kederat nak parang org tu leh guna untuk 10 kali basuh pinggan tau.

Quote renko 3-8-2019 02:51 PM
parang je balik bagi mampos orang cmni
Quote lilbub 3-8-2019 08:20 PM
tu la pemalas sangat. kawan tu dah habis limit sabar la tu kot
Quote Foxey 3-8-2019 11:54 PM
Dahla pemalas, pantang ditegur lak tu. Ini memang jenis yang patut dijauhi oleh perempuan.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.111990 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top