Harian Metro melaporkan bahawa seorang vokalis kumpulan rock popular tahun 90-an telah ditahan polis kerana memiliki dadah disyaki jenis methamphetamine bernilai RM 100.
Vokalis kumpulan rock terkenal itu telah dijumpai bersama sebuah plastik lutsinar mengandungi dadah jenis itu seberat 0.6 gram di dalam sebuah kabin bersebelahan kedai cuci kereta di Taman Tenaga, Cheras, Kuala Lumpur. Sekdar gambar hiasan Polis memberitahu, penyanyi yang berusia 43 tahun itu dicekup jam 9.30 malam oleh sepasukan pegawai siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras. "Hasil siasatan polis dan ujian air kencing telah mendapati penyanyi tersebut positif methaphetamine, amphetamin, dan ganja (THC)," "Suspek dilaporkan tidak mempunyai rekod jenayah dan akan direman 4 hari untuk bantu siasatan," - Ketua Polis Daerah Cheras Harian Metro melaporkan kumpulan rock itu merupakan kumpulan rock yang ditubuhkan pada tahun 1994 dan dianggotai 4 orang. Sebagai info tambahan, kali terakhir kumpulan tersebut tampil dengan produk seni mereka adalah pada tahun 2011. Siapa agak-agaknya tu ya? - CARI
|
prizadane replied at 4-8-2019 09:44 AM
Vokalis AXLs. Takde la rock...leleh je kot
annadonna replied at 4-8-2019 12:12 PM
Siapa rockers yang tak mendadah??? Caught or not caught aje
Mawar91 replied at 4-8-2019 01:49 PM
Dato' sawi Ngan Amy penah amek dadah ke chuols?
ADVERTISEMENT