'Sweet dan bersemut..' begitulah reaksi netizen apabila melihat sebuah posting yang dimuat naik isteri kepada pemain bola sepak Malaysia dan Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan.
Ucapan yang menyentuh hati sesiapa saja yang membacanya dibuat sempena menyambut hari jadi Aidil Zafuan yang ke-32. Video yang dimuat naik di laman Instagram Zarema Zainal itu berlatarbelakangkan iringan muzik romantis serta gambar kenangan bersama.
"Harap kita masih bersama walau rambut sudah beruban putih, Saya berjanji akan mencintai, menjaga,dan menjengkelkan hidup awak sehingga ke nafas terakhir.." "Selamat hari jadi baby/dadda, anda adalah yang terbaik dalam hidup saya.." Video tersebut telah memaparkan gambar kenangan antara mereka dan juga anak-anak. Semuanya kelihatan gembira dan ceria hendaknya.
Peminat pun rata-rata mengucapkan selamat hari lahir kepada Aidil Zafuan dan mendoakan kebahagian mereka sekeluarga sehingga ke akhir hayat. Untuk rekod, Aidil Zafuan sebelum ini pernah bernikah dengan pelakon cantik Rita Rudaini pada tahun 2008 namun telah bercerai pada tahun 2013. Mereka berdua dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Setelah hampir setahun bercerai, Aidil kemudian berkahwin dengan Zarema pada Mac 2014 dan dikurniakan dua orang anak lelaki.- CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|