CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Nabi Elok Je Guna Harta Khadijah" - Asiah Jalil Bengang Suami Enggan Guna Duit Isteri

5-8-2019 12:34 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 22882| Komen: 77|Original author: Oleh: LilRose

"Sedarkah sekalian lebai, bahawa Nabi Muhammad dulu tenang saja guna harta Khadijah untuk hidup berkeluarga dan menjalankan dakwah?"

Peguam kontroversi Asiah Jalil kembali dengan posting menghentam suaminya dan sama seperti sebelum-sebelum ini, dia turut memetik nama Nabi sebagai perbandingan situasi dihadapinya.




Menerusi entrinya kali ini, Asiah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap suaminya kerana enggan 'mengambil satu sen pun duitnya'.

"Tiada apa yang hina pun bila isteri menyumbang duitnya untuk suami dan keluarga.

"Lelaki otak lebai memang mudah rasa tercabar bila isteri dah reti berdikari dan dah ada duit sendiri. Asyik sebut pasal suami yang wajib tanggung segalanya, manakala isteri duduk rumah uruskan keluarga saja," tulisnya.

Nampak bengang sungguh Asiah apabila menyifatkan konsep diamalkan suaminya itu sebagai hukum zaman unta.




Di ruangan komen, ramai cemburu dengan Asiah kerana suami enggan menyentuh duitnya dan rela menanggung semua kos perbelanjaan keluarga sendirian. 

Dalam masa sama, ada juga menasihatinya supaya menyimpan saja wang itu dan digunakan untuk tujuan bercuti dan sebagainya.



Dipercayai, kemarahannya itu meledak apabila suami menyindir Asiah terlalu sibuk hingga kurang menguruskan keluarga. Bagaimanapun, dia mendakwa suaminya tidak bersetuju apabila dia mencadangkan untuk mengambil pembantu rumah.

"Disebabkan encik suami dah memekak dan disebabkan saya dah ada pendapatan sendiri, maka saya akan guna duit saya untuk ambil pembantu rumah.

"Kesah apa saya sama ada encik suami setuju atau tidak. Saidina Ali yang miskin papa kedana pun boleh sediakan pembantu untuk isterinya, Fatimah," ujar Asiah.



Ramai pula bersetuju dengan pendapat dan kelantangan Asiah bersuara dalam isu hak seorang isteri pada 'zaman moden'.


Kredit foto: FB Asiah Jalil

Katanya nak jadi macam Isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Khadijah Al-Khuwailid. Ada ke ciri-cirinya tu? - CARI
4

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • miskim210

  • maharani_gebu

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 5-8-2019 12:46 PM
dia nie...xfhm aku....awat xbuka cerita atas katil trus jer..sma benda nk citer kat public media soc
Quote Cookingholic 5-8-2019 12:47 PM
Self-proclaimed serupa siti khadijah bab cari duit. Bab perangai sama ke idokk. Siti khadijah dah tentu tak maki2 suami openly mcm ni.

Btw apa la perasaan suaminya bila bini tulis mcm ni kat public.
Quote awanysss 5-8-2019 12:57 PM
baca tajuk je dah sakit hati.. bodohnye statement..
Quote tensic~ 5-8-2019 01:18 PM
Haha all hailll kak asiah
Quote annehuda 5-8-2019 01:27 PM
aku kesian la ngan laki die ni. asyik kene kutuk n maki je ngan si asiah ni. asiah ni nk ape sbnrnye? nk kata laki die jahat sgt pun, beranak smpi 9 org jugak
Quote amyza 5-8-2019 01:31 PM
Asiah ni nak perhatian lebih. Hal rumahtangga semua nak canang. Kondem suami itu ini, tetap bersama jugak.
Quote Cookingholic 5-8-2019 01:31 PM
annehuda replied at 5-8-2019 01:27 PM
aku kesian la ngan laki die ni. asyik kene kutuk n maki je ngan si asiah ni. asiah ni nk ape sbnrnye ...

Takpaham dia nak apa. Bunyi dah benci bebenor dengan lakinya tuh. Tapi tak jugak bercerai. Bukan set2 feminist ni tak perlukan laki ke
Quote duri_durians 5-8-2019 01:48 PM
alhamdulillah kak asiah ada suami penyabar.

orang luar tak perlu nak kecoh kot sbb rasanya laki dia relax je dengan perangai dia.
Quote amerald 5-8-2019 01:51 PM
Bagus la Dia tak guna duit kau.
Yang sendiri pergi hulurkan tengkok buat pe.
Nanti terbiasa pulak dia.
tak ada rasa bertanggungjawab
Quote mosti 5-8-2019 01:52 PM
Baguslah suami macam tu...ini asyik guna duit bini je...
Quote watie_na 5-8-2019 01:57 PM
bagus dia ni ajak ramai2 puji dia, kutuk laki dia.
Quote haryatie 5-8-2019 02:16 PM
pelik nya dia ni
prempuan kat luar ni mau menyumpah suami kalau guna duit istri
dia pulak lain
sewel ke apa dia ni
suami nya pulak syg betul kat dia walaupun selalu kena makian
upload pulak dlm socmed
kalau lelaki lain mau da talak 3 kut

Quote Artemesiaa 5-8-2019 02:35 PM
Kowser melayan ,,, next
Quote meow_tompok 5-8-2019 03:10 PM
patutlah org sekarang ckp... facebook ni utk makcik pakcik org tua2 je

Quote tagas 5-8-2019 03:15 PM
cik pap merengsa sentiasa

mmg suker citer hal2 dlm kain umahtangga kat ofiz socmed merata

berbanding cik nek
Quote chicozinn 5-8-2019 03:22 PM
xsekufu ke sampai bini sanggup bukak pekung kat socmed?nama je lawyer tapi bodo much..sedeyhhh
Quote kualibesi 5-8-2019 03:47 PM
kadang2 benda cmni lah laki rasa kau xhormat dia, sebab bila dia bising, kau menjawab mcm diatas nie, laki dengar, luluh hati nya weyyyy
Quote abangadek 5-8-2019 04:01 PM
itulah kalua beranak tu pantang betul2
Quote Nuyak 5-8-2019 04:33 PM
Macam attention seeker ...huhuhu

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.050428 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top