CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Brownies Kedut Oreo, Kek Bantat Yang Mudah Dibuat Sedap Dimakan!

5-8-2019 04:14 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9238| Komen: 19|Original author: Oleh: natrahn

Brownies kedut merupakan satu-satunya kek bantat yang sedap dimakan dan mendapat permintaan tinggi.  

Nama brownies diambil daripada the deep brown colour of cookies. Salah satu pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai tambahan lagi apabila digabungkan bersama aiskrim vanila. 


Wah, lazatnya. Pasti sudah terliur, kan?
 

Foto Kredit: FB Azlina Ina Fans
 
Jom cuba resipi dari pembuat kek viral terkenal, Cikgu Azlina Ina yang tidak lokek berkongsi cara membuat pelbagai jenis kek di laman Facebook beliau.
 
 

Bahan-bahan :

150 gram mentega 
1 cawan gula perang halus 
350 g coklat masakan (resepi asal guna coklat masakan jenama Dark Beryls)
3 biji telur ayam 
90 g tepung naik sendiri
30 g biskut oreo (hancurkan)
 

Cara membuatnya: 
 
1. Cairkan coklat masakan dan mentega menggunakan kaedah 'double boil'.

 

2. Satukan telur dan gula perang. Kacau sebati. 




3. Satukan tepung naik sendiri dan biskut oreo yang telah dihancurkan.

 

4. Masukkan coklat masakan dan mentega yang telah dicairkan (langkah 1) dalam telur dan gula perang (langkah 2). Kacau sebati.




5. Seterusnya masukkan bahan kering - tepung dan biskut oreo yang telah dihancurkan ke dalam adunan di langkah 5.



6. Lapik loyang dengan baking paper dan tuang adunan. Susun biskut oreo atas adunan dan bakar pada suhu 140-150 darjah Celsius selama 45-50 minit menggunakan api atas dan bawah.

 

6. Sejukkan dan sedia untuk dimakan.



Selamat mencuba!
 
Tip: Panaskan ketuhar terlebih dahulu sebelum mula menyediakan adunan. - CARI
 
Sumber: Azlina Ina Fans
5

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Rob07

  • duradanis

  • cikkittydiva


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yayasbs 5-8-2019 07:32 PM
Sedapnya..saya dh buat tapi versi tak letak oreoo
Quote Rob07 5-8-2019 10:30 PM
kenapa di label kan kek bantat? kesian brownies .. bantat lah pulak hahahaha!
Quote natrahn 5-8-2019 11:24 PM
Rob07 replied at 5-8-2019 10:30 PM
kenapa di label kan kek bantat? kesian brownies .. bantat lah pulak hahahaha!

sebab adunan brownies tak perlu dipukul sampai kembang
Quote amyza 6-8-2019 09:51 AM
Sedap nye brownies, lama tak buat sebab malas. Bila sesekali buka oven i suka buat kek gula hangus sebab bahan2 simple, memang dah ada dalam rumah.
Quote hatikudus 6-8-2019 03:15 PM
amyza replied at 6-8-2019 09:51 AM
Sedap nye brownies, lama tak buat sebab malas. Bila sesekali buka oven i suka buat kek gula hangus s ...

Bagi la resepi kek gula hangus tu sis, boleh kita try pulak
Quote giyomi 6-8-2019 07:32 PM
euwwww...dah lah coklat di tambah oreo lagi...sorry akak tak tau mana sedapnya oreo tu
Quote amyza 6-8-2019 07:55 PM
hatikudus replied at 6-8-2019 03:15 PM
Bagi la resepi kek gula hangus tu sis, boleh kita try pulak

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sb marjerin
1 cawan tepung kek (i guna tepung gandum je)
1 cawan susu pekat
2 sk soda bikarbonat
4 biji telur (3biji pun boleh)
-masak gula hingga cair & perang
-masukkan air panas perlahan2
-masukkan marjerin
Bekas lain:
-putar telur dan susu sampai pekat
-masukkan tepung sedikit2 & gaul sebati
-masukkan larutan gula tadi & gaul sebati
-tuang dalam loyang yg telah disapu marjerin
-bakar 160-170'c, 45min
*cucuk dgn lidi nak tau dah masak ke belum
*jangan letak baking powder

Biasa i buat 2adunan, makan 1family.  Untuk 1st try boleh lah buat 1adunan dulu.
Quote hatikudus 7-8-2019 08:58 AM
amyza replied at 6-8-2019 07:55 PM
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sb marjerin

Thank you so much sis! Nah munga
Quote makton 7-8-2019 09:13 AM
tak minat oreo. so aku buat brownies biasa je..
Quote natrahn 7-8-2019 11:17 AM
Maksud bantat

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bantat
Quote CARI-MAMS 7-8-2019 12:00 PM
ada yg x tahu maksud bantat ke tu
Quote natrahn 7-8-2019 12:01 PM
CARI-MAMS replied at 7-8-2019 12:00 PM
ada yg x tahu maksud bantat ke tu

hihi.. takut ada yang salah faham...
Quote diggerr 7-8-2019 02:33 PM
Sound deliciousss{:cryrun
Quote cikbun 7-8-2019 10:32 PM
wahh menarik ni , nk try buat lah
Quote cikbun 7-8-2019 10:36 PM
teriurr malm malam giniii hewlppp
Quote cikbawang237 8-8-2019 12:08 PM
sedappppp!! balik kang nak beli bahannnnnn
Quote Seacrab 10-9-2019 04:56 PM
Sedapp nyer tgk... Nk try godek la respi ni
Quote CikB 10-9-2019 05:08 PM
blh try ni
Quote lynakajang 14-10-2019 04:24 PM

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.041855 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top