Kehilangan seorang remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15 di sebuah resort di Nilai menjadi tanda tanya ramai pihak. Astro Awani melaporkan, remaja yang dilaporkan hilang pada Ahad kini mendapat perhatian khusus daripada pihak polis apabila pencarian bagi mengesannya diperluaskan hari ini.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman, jumlah pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah ditambah. Pada hari kedua ini, seramai 159 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Perhutanan Negeri dan penduduk tempatan digerakkan.
Selain itu, terdapat juga bantuan 40 anggota pasukan dari Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras. “Resort tersebut tiga ekar, tetapi di belakang ada 100 ekar keluasan, maka kita terpaksa bahagikan kepada dua pasukan, satu pasukan tumpu ke hutan dengan bantuan Orang Asli, Batan Hutan, separuhnya lagi akan di luar dengan meliputi semua kawasan pentadbiran, perkampungan, hutan pekan," katanya. Katanya lagi, pihak polis masih belum menemui sebarang petunjuk selain remaja itu difahamkan tidak membawa sebarang barangan perisbadi seperti pasport dan telefon bimbit. Remaja itu dikatakan turut mengalami masalah pembelajaran hanya disedari hilang oleh abangnya kira-kira jam 6.30 pagi. Keluarga dari Ireland itu terdiri daripada suami isteri dan tiga anak datang bercuti di resort tersebut sekitar jam 7 pagi kelmarin. - CARI
|
Modngengade replied at 5-8-2019 03:36 PM
Hilang di Nilai ke PD?
arasham replied at 5-8-2019 03:39 PM
Dua2 pun salah. Maybe sbb nialai dkt dgn seremban kut.
Modngengade replied at 5-8-2019 03:41 PM
tu la..kat tered sebelah tulis PD
Modngengade replied at 5-8-2019 03:41 PM
tu la..kat tered sebelah tulis PD
dua_chzy replied at 5-8-2019 03:42 PM
Mangsa culik dan bunuh?
arasham replied at 5-8-2019 03:43 PM
Kalau ikutkan jln arah ke jelebu/ pilah
arasham replied at 5-8-2019 03:44 PM
Tak tau lagi chazey ikut maklumat mangsa tak berpakaian hanya pakai seluar dlm je. Sleepwalking k ...
rospinki replied at 5-8-2019 04:40 PM
omputeh piyau dak ni..mata biru rmbut perang. kejap aku tgh guna telepthi utk tau serba sedkit apa y ...
ADVERTISEMENT