Tahun 2019 menyaksikan banyak kes penceraian artis. Terkejut peminat di Malaysia mendengar lepas satu, satu lagi bercerai. Nak kata apa, sudah takdirnya begitu. Jodoh tidak panjang.
Ada satu lagi khabar angin yang menyedihkan sebab katanya, ada seorang lagi artis wanita diceraikan ketika sedang hamil anak ketiga. Sumber Miss K dari Astro Gempak berkata, kawannya ada ke salah sebuah mahkamah Syariah di negeri Selangor. Nak dijadikan cerita, satu kamar pula dengan artis wanita tersebut. Mukanya pasrah depan hakim, tapi tak tahulah dalam hati macam mana mengenangkan nasib bakal bergelar janda.
Artis wanita itu memberitahu hakim yang dia sudah tawar hati dan tidak mahu lagi bersama dengan suaminya. Dengar cerita, memang si suami mata keranjang. Tapi masalahnya si suami tak nak melepaskan isterinya itu dengan alasan masih sayang dan cinta lagi. Talak itu pula dilepaskan sebab sedang marah dan ada berlakunya provokasi. Tengok di Instagram pasangan ini, memang nampak ada yang tidak kena. Harap-harapnya berakhir dengan baiklah ya. - CARI
|
ADVERTISEMENT