Pelakon dan penerbit drama yang diberi judul Demi Tuhan Aku Bersaksi, Fadzil Zahari yang bakal disiarkan oleh stesen televisyen RTM sekitar bulan September nanti tampil mengulas mengenai kontroversi telefilem terbitannya itu. Fadzil berkata drama itu diinspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku di tempat pengajian dan watak utamanya dijayakan oleh Syafie Naswip dan Fezrul Khan.
"Orang ramai yang mengecam telefilem itu terlalu mengikut emosi dan cepat menjatuhkan hukum tanpa menonton dan mengetahui pengisian sebenar naskah itu" ujar Fadzil lagi.
Beliau mengakui kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cepat menghukum tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Dalam pada itu, Fadzil tidak bimbang dengan jalan cerita yang ditampilkan dalam telefilem itu kerana ia menepati syarat dan sudah pun mendapat 'lampu hijau' daripada pihak stesen tv RTM.
Fadzil berharap agar orang ramai dapat memberi masa kepadanya untuk mencapai kata sepakat dalam menyiarkan sebuah drama berkisarkan golongan LGBT (lesbian, gay, transgender, biseksual), menerusi entri di Instagram (IG)nya.
|
FY08 replied at 7-8-2019 07:26 PM
Otak letak kt lutut... hero rogol heroin..lps tu konon kwin paksa pakcik mkck bwg restu ja.. bodohny ...
Perawankota replied at 8-8-2019 01:13 AM
Tgk dulu baru komen.. Ini tgk x LG, dh komen Mcm2. Alahai netizen2 zaman ni
Kurex replied at 7-8-2019 05:00 PM
Berapa banyak nak buat berita pasal drama ni?
ALDRIN replied at 7-8-2019 10:43 PM
Ok nk tggu gilem nih..last time berkonsep LGBT nih iols tgk Anu dalam Botol..arahan Raja Azmi. Hopef ...
ADVERTISEMENT