CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

40 Tahun Ketagih Heroin, Akhirnya Pulih Kerana Ketum

4-9-2019 03:58 PM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 9170| Komen: 25|Original author: HakirRahman

Najis dadah jika dibiarkan melarat sudah tentu akan membuatkan seseorang ketagihan. Seorang penagih dadah selalunya sukar benar hendak pulih, kebanyakan mereka akan terus menagih sampai akhir hayat. 


Tetapi, seorang lelaki menceritakan pengalamannya sembuh daripada ketagihan dadah paling berbahaya, heroin, dengan menggantikannya dengan meminum air ketum. 

The Malaysian Insight melaporkan kisah Mohd Saad, 65, yang mesra dikenali sebagai Pak Lang yang ketagihan heroin selama 40 tahun akhirnya sembuh selepas mengamalkan minum air ketum. 

Selepas 40 tahun menagih heroin, Pak Lang sembuh kerana ketum. Foto: The Malaysian Insight


"Malu nak cerita, tapi itulah hakikatnya. Selama 40 tahun saya terlibat dengan dadah jenis heroin.

"Keluar masuk pusat serenti dan penjara itu biasa bagi saya. Kalau nak kira, hampir 20 kali saya sudah keluar masuk penjara dan pusat serenti," katanya. 

Pak Lang kini menghabiskan usianya bekerja sebagai bilal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Foto: The Malaysian Insight

Seriusnya ketagihan dihadapinya menyebabkan pusat serenti tidak lagi menerimanya kerana faktor usia. Disebabkan itu, dia mula meminum air ketum untuk "mengubati" ketagihannya dan akhirnya selepas 10 tahun dia kini tidak lagi ketagih heroin. 

"Bila kena (minum air) ketum, dadah tak ingat lagi dah. Ketum ini untuk perubatan. Bila berhenti ambil dadah, sakit sana, sakit sini, rasa gian. Tetapi apabila ambil ketum tidak ada masalah," katanya.


Pak Lang kini bekerja sebagai bilal di kampungnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan bergiat aktif dalam Persatuan Pecinta Herba Pulau Pinang yang giat menjalankan kajian ke atas ketum sebagai ubat ketagihan dadah. 

Persatuan itu juga menjalankan kajian dengan Universiti Sains Malaysia untuk mengesahkan keberkesanan ketum menjadi ubat ketagihan dadah. 
USM jalankan kajian kesan ketum untuk perubatan. Foto: Google

Menurut Pengerusi Persatuan  Abdul Halim Iberahim yang terlibat dalam proses merawat Pak Lang sejak enam tahun lalu, ketum diberikan mengikut dos tertentu dalam proses pemulihan. 

Persatuan itu juga menjalankan kerjasama dengan USM untuk membuktikan ketum berkesan dan tidak memudaratkan kesihatan manusia. Menurut Abdul Halim lagi, ketum yang digunakan mereka tidak dicampur bahan kimia lain sebaliknya hanyalah daun ketum dan air panas sahaja. 

Ketum disalah guna. Foto: Google
"Kita tak galakkan ketum dicampur sebarang bahan lain, kecuali ketum dan air panas sahaja. 

"Nama ketum tercemar akibat salah guna. Kerajaan patut kawal penggunaan ketum, dan cara penanaman, jadi itu satu langkah yang baik," katanya. 

Akhirnya, ada jalan untuk penagih dadah sembuh. Yerlah, ketagihan dadah ini kalau sudah bermula memang sukar dikawal. Sekurang-kurangnya mereka ada alternatif lain untuk sembuh. - CARI 

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • KIM.K

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 4-9-2019 04:15 PM
siapa tah cerita..org dulu2 pantang minum air ketum...huuhuhuhuuh
Quote Kurex 4-9-2019 04:15 PM
Kalau dekat fb, ramai yg sokong penggunaan ketum..
Quote CiliPadiSedap 4-9-2019 04:28 PM
biasa kaka masak spaggethi letak ketumbar lepas ni nak cuba letak ketum pula
Quote sarah82 4-9-2019 04:43 PM
Aku nak habaq la.. Daun ketum atau biak ni.. Makcik dan pakcik kejiranan aku minum utk kurangkan gula bg kencing manis. Ambik 3 helai daun ketum ni dan boh dln ayaq panas.. Minum.

Org dulu pulak guna daun biak/ketum ni utk rawatan masalah cirit birit.
Quote sarah82 4-9-2019 04:43 PM
Kurex replied at 4-9-2019 04:15 PM
Kalau dekat fb, ramai yg sokong penggunaan ketum..

Kat siam sana nun.. Depa dah import ekstrak daun ketum utk rawatan alternatif kanser.
Quote bezita60 4-9-2019 04:46 PM
Yes. Ketum tak salah.
Yg terlampau kreatif masak campur ubat batuk tu yg buat jadi ting tong.

Masalah ketagihan air ketum ni amat teruk di kelantan. Sampai budak2 sekolah pun masuk kelas sambil khayal.
Quote KIM.K 4-9-2019 05:20 PM
Dulu aku cakap ketum recover dadah based on reading, tapi ada forumer betulkan aku. Dia cakap org nak benti dadih minum beer
Quote Kurex 4-9-2019 05:24 PM
sarah82: Kat siam sana nun.. Depa dah import ekstrak daun ketum utk rawatan alternatif kanser.


Tapi orang kita ni, terlalu kreatif sampai kadikan ketum tu bahaya la @sarah82
Quote sarah82 4-9-2019 06:30 PM
Kurex replied at 4-9-2019 05:24 PM
Tapi orang kita ni, terlalu kreatif sampai kadikan ketum tu bahaya la @sarah82

Depa pi boh mcm2 tu jadi x betul
Quote najib888 4-9-2019 06:37 PM
Serius wei, ramai drug addict kat kuala kedah dan kawasan2 sekitar ramai dah berjaya stop isap fit. Dulu depa amik methadone.. ada yg boleh stop, ada yg tak boleh.. tapi bila depa amik ketum, sindrom tarikan/gian kurang kot. End up,  no more fit..
tapi masalah lain pulak, depa ketagih koroi.. so far, ketum punya gian tak seteruk fit
Quote najib888 4-9-2019 06:39 PM
sarah82 replied at 4-9-2019 04:43 PM
Kat siam sana nun.. Depa dah import ekstrak daun ketum utk rawatan alternatif kanser.

Tapi, kalau kantoi ketum kat sana teruk wei.. lagu kantoi dadah, ganja or syabu kot
Quote sarah82 4-9-2019 06:56 PM
najib888 replied at 4-9-2019 06:39 PM
Tapi, kalau kantoi ketum kat sana teruk wei.. lagu kantoi dadah, ganja or syabu kot

Yg tu tak pasti.. Tapi pakcik siam aku pernah tunjuk gambar produk dari ketum.. Depa jual ke usa dan eropah
Quote kivio 4-9-2019 07:28 PM
Ketum tak salah.
Salahguna ketum tu masalah.
Quote Eric.n9 4-9-2019 09:41 PM
Klu tak silap lah dulu2 mmg mcm tu diaorg minum  ketum/biak ni(air panas+2 3 lai daun ketum) secawan pagi secawan petang... buat mcm style minum teh je.
Sebab dia, klu dari segi perubatan, kurang jadi ubat lebih jadi racun.
Orang dulu2 minum pun sebab utk perubatan...

Yang sekarang ni... diaorg rebus kaw kaw, siap campur segala mcm ubat batuk etc etc. ada yg siap campur ubat nyambuk, nak bg lagi kaw.

Contoh mcm cokoroi(coke+air rebusan ketum) pula klu minum air rebusan dia x campur apa2 pahit gila. Tak silap ni asalnya dari kaki minum coke campur panadol.
Quote Eric.n9 4-9-2019 09:44 PM
sarah82 replied at 4-9-2019 06:56 PM
Yg tu tak pasti.. Tapi pakcik siam aku pernah tunjuk gambar produk dari ketum.. Depa jual ke usa d ...

Mmg ada. dia buat dlm bentuk capsul... klu nama botol tu ada kratom, mmg ketum la jawabnya.
Quote sarah82 4-9-2019 09:58 PM
Eric.n9 replied at 4-9-2019 09:44 PM
Mmg ada. dia buat dlm bentuk capsul... klu nama botol tu ada kratom, mmg ketum la jawabnya.

Yg aku tgk dlm botol mcm cecair.. Ala2 minyak pati weed.
Quote Eric.n9 4-9-2019 10:00 PM
sarah82 replied at 4-9-2019 09:58 PM
Yg aku tgk dlm botol mcm cecair.. Ala2 minyak pati weed.

wah... pure estrak klu mcm tu... ntah berapa la rega dia sebotol tu
Quote sarah82 4-9-2019 10:01 PM
Eric.n9 replied at 4-9-2019 09:41 PM
Klu tak silap lah dulu2 mmg mcm tu diaorg minum  ketum/biak ni(air panas+2 3 lai daun ketum) secawan ...

Makcik2 dan pakcik2 kat rumah aku depa minum sekali setiap 3 hari.. Tak salah aku bagus juga utk urat..

Tapi kalau family aku utk sakit2 badan dan urat kami rebus buah mahkota dewa. Utk darah tinggi pulak arwah tok aku minum ayaq pokok cerita dan daun tujuh duri.

Demam kalau tak mo kebah guna ayaq daun bunga raya putih..
Quote sarah82 4-9-2019 10:02 PM
Eric.n9 replied at 4-9-2019 10:00 PM
wah... pure estrak klu mcm tu... ntah berapa la rega dia sebotol tu

Nanti aku tanya pakcik siam aku.. Hari tu tak sempat tanya..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.035952 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top