CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Gila Mengamuk Dalam Dobi, Tumbuk Wanita Bertubi-tubi

14-8-2019 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6486| Komen: 26

Penuntut wanita berdepan detik cemas apabila dihampiri lelaki tidak siuman sebelum tiba-tiba ditumbuk berkali-kali di mukanya.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di sebuah kedai dobi di Bintangor, jam 3 petang semalam, ketika mangsa, 19, menunggu pakaiannya dicuci.



Kredit foto: FB Kamek Miak Sarawak

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang lelaki berseluar pendek dilihat masuk ke premis berkenaan dalam keadaan marah sebelum tiba-tiba menumbuk muka mangsa berulang kali.

Menurut Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintendan Sekam Anoi, selepas menumbuk mangsa, lelaki itu keluar meninggalkan premis berkenaan.

“Kejadian berlaku begitu pantas mengakibatkan pelanggan lain di kedai dobi itu terpinga-pinga. Namun, ada antara mereka yang bertindak melindungi mangsa,” katanya.


Loading FB Post...

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 14-8-2019 02:39 PM
Kesian adik tu
Quote monsterwife 14-8-2019 02:48 PM
Orang gila tu pertahankan diri je kot...ok apa
Quote moonbymoon 14-8-2019 03:39 PM
Kesiannya. Dah kenapa mamat tu ??
Quote palmolive 14-8-2019 03:43 PM
moonbymoon replied at 14-8-2019 03:39 PM
Kesiannya. Dah kenapa mamat tu ??

kang dah tulis situ org gila
Quote Chairman 14-8-2019 03:44 PM
nasib baik pakai bare hand je...kalo ade senjata tajam mmg xpasal2 je
Quote diggerr 14-8-2019 03:48 PM
Banywk betul kes dobi lately ni
Quote moonbymoon 14-8-2019 03:52 PM
palmolive replied at 14-8-2019 03:43 PM
kang dah tulis situ org gila

I baru baca balik the article. Tadi tengok video jer. Haha.
Quote cruz2 14-8-2019 03:54 PM
Huwaaaaa!! Dlm kedai dobi yg dipenuhi pelanggan pon dh tak selamat ke?
Quote Kurex 14-8-2019 03:56 PM
Kuatnya dia tumbuk.. Uishhhhhh
Quote izzah_ok 14-8-2019 03:56 PM
Nasib ada org tolong adik tu...
kat area umah aku pun ade org gile tp jenis tak kacau org, dia sembang sorang2 jek...tp budak2 sekolah suka ejek dia..mmg dia kejar sambil menjerit2 & marah2
Quote matryoshka 14-8-2019 04:03 PM
Kot gila pun awat tetiba dia g meluru kat bdk tu. Org lain dia x kacau pun... Bdk tu da dibawak org ke lain pn dia still nk maki2 lg kat bdk tu... Bdk tu ada iras kekasih lama @ x-bini ke
Quote rainbowrainz 14-8-2019 04:09 PM
Iols x akan masuk klo dobi tu x ade org..sekian
Quote luluaurora 14-8-2019 04:12 PM
Kes dobi lagi..
Aritu kes ltak anak sedara dlm mesin
India letak kucing dlm mesin
Smlm india anak beranak main pijak2 ats kerusi
Ni kes tumbok pulakk..

Mohon owner lebih alert n ada yg jaga dobi drp biar ksong cmtu..dlu g dobi mesti ada staff tggu dlm blik kecik.. Now jrang dh jmpa
Quote ^pomen_GTR^ 14-8-2019 04:16 PM
ke dia ada nyakat orang tu sblm g dobi?
Quote Cpkay 14-8-2019 04:17 PM
takut nak pergi sorang sorang... tapi kes ni ada ramai orang pun kene jugak ni
Quote AbukRokok 14-8-2019 04:18 PM
diggerr replied at 14-8-2019 03:48 PM
Banywk betul kes dobi lately ni

kene letak pak guard di setiap dobni pula
Quote ainashiqa 14-8-2019 05:31 PM
Bahayanya sekarang ni  
Quote Foxey 14-8-2019 06:02 PM
Ih ih, mesti sakit tu kena tumbuk berkali2. Trauma dibuatnya
Quote Carcosa 14-8-2019 11:28 PM
Ya hamponnnnn. Kesian adik tu. Sebab tulah meols kalau nampak org sinting, meols jalan jauh2. Takut, sbb diorang ni unpredictable.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.093465 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top