Polis akan menyiasat ciapan dimuat naik seorang pengguna Twitter yang mendakwa Nora Anne Quoirin dirogol orang asli. Harian Metro melaporkan, polis menegaskan bahawa dakwaan 'Zikri Armstrong' itu adalah satu fitnah.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis berhubung ciapan itu yang tular sejak semalam. “Itu adalah fitnah. Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan (mengenai ciapan), bagaimanapun akan melakukan siasatan,” katanya. Pengguna Twitter dengan nama akaun Zikri Armstrong itu sebelum ini mendakwa remaja Ireland yang ditemui selepas 10 hari hilang telah dirogol orang asli. “Perogol Nora Anne adalah orang asli. Police will never find the killer cuz most orang asli still dont have IC or any sort of citizen data. Bet me," tulisnya. - CARI |
Mfzg89 replied at 15-8-2019 12:58 PM
x pasal mendapat..nak membawang tapi x pro ginila jadinya.. noob..
leylapple replied at 15-8-2019 02:33 PM
rakyat msia suka jadi hakim...
tak tau lah sebab nak jadi attention seeker atau cita2 tak tercapa ...
ADVERTISEMENT