CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lastik Kereta, Berguling Atas Jalan Raya - Anak Siapa Yang Biadap Sangat Ni?

19-8-2019 03:37 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8816| Komen: 70|Original author: natrahn

Ibu bapa akan menghadapi masalah untuk mendisiplinkan anak-anak yang sedang membesar dan aktif meneroka dunia. Mereka ingin mencuba perkara yang mereka rasa 'seronok' dan 'baru' termasuklah perkara-perkara salah.


Tindakan biadap sekumpulan remaja lelaki melastik kereta, baring di jalan raya, menyelerakkan barang di kedai serta mengeluarkan kata-kata kesat di sekitar Anggerik, Kuala Lumpur mengundang kemarahan orang ramai.

Kredit foto: Twitter Syazwan

Beberapa rakaman video perbuatan mereka yang telah dimuatnaik oleh pemilik akaun Twitter, Syazwan yang sangat tidak berpuas hati dengan tindakan remaja-remaja tersebut.


Menerusi video yang tular itu, sekumpulan remaja dilihat bersembunyi di tepi jalan sebelum melastik kenderaan yang lalu lalang. Dalam video lain, salah seorang daripada mereka turut menyelerakkan barang di kawasan kedai sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Warganet turut marah dengan perbuatan yang mengancam keselamatan dan mengganggu ketenteraman awam tersebut.




Memetik laporan akhbar Harian Metro, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata setakat ini tiada lagi laporan polis dibuat mengenai perbuatan biadap berkenaan.

"Bagaimanapun, polis akan mengambil inisiatif dengan melakukan rondaan lebih kerap oleh Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di lokasi itu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 03-9284 5050 atau 03-9284 5051 untuk tindakan lanjut", katanya.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Awasi anak-anak anda. - CARI 
1

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 19-8-2019 03:49 PM
Anak sapa ni???
Quote kucingitam 19-8-2019 03:52 PM
aku pulak yg geram tgk drg ni...hmm
Quote Gomea 19-8-2019 03:54 PM
Kecik2 da perangai macam ni, da besar nk jadi ape?
Quote mejaputih 19-8-2019 03:55 PM
Nanti bila cina atau india terlanggar mati salah sorg budak yg baring tu then jadi racial issue
Quote RatuDunia94 19-8-2019 03:57 PM
Patut kereta tu lenyek je budak2 tu.. sape suruh baring kat tgh jalan..
Quote prizadane 19-8-2019 04:00 PM
Mak pak mana? Tak jaga anak ke? Tapi budak cheras kan? Hurmm...kalau cheras, mostly memang cam perangai tak berapa okay sangat. Tak kisah la melayu, cina or india..
Quote Skuau 19-8-2019 04:02 PM
prizadane replied at 19-8-2019 04:00 PM
Mak pak mana? Tak jaga anak ke? Tapi budak cheras kan? Hurmm...kalau cheras, mostly memang cam peran ...

sibuk berforum..agaknya.
Quote sapeka 19-8-2019 04:03 PM
Wah..
Kalau kena lenyek dengan kete jangan nak berdrama ye..
Sendiri yang menempah
Quote cclina2 19-8-2019 04:08 PM
kecik2 dah aniaya orang..
Quote mdhelmi 19-8-2019 04:30 PM
rasa diorg ni kene cepat berubat buang saka dlm badan
Quote paz 19-8-2019 04:36 PM
Amboi bukan main kau kan.
Quote Fleur81 19-8-2019 04:45 PM
Hilang akal ke apa budak-budak ni
Quote fliphair8 19-8-2019 05:13 PM
ngape mak pak bebudak ni biar anak kat luar malam2 ye? musykil aku
Quote matchstick 19-8-2019 05:13 PM
ni kalau dtg amoi oku lenyek budak2 ni dh jadi 1 kes pulak timbul isu perkauman
Quote mizruncing 19-8-2019 05:21 PM
eeii sakainya korg dek. aku plak menyirap tgk. hrp polis ambik tindakan sewajarnya nk tgk samseng dia tu jauh mne blh pegi. jgn trkencing kne tgkp polis nti dh laa. kecik2 taknak mam**s
Quote AbukRokok 19-8-2019 05:30 PM
mesti keturunan bapak bodoh
terutama bapak dia berguling2 atas jalan raya masa demonstrasi serta berguling2 halang kereta sultan perak masa tu
Quote AbukRokok 19-8-2019 05:32 PM
adakah budak2 tu sedara mara dia?



Quote AbukRokok 19-8-2019 05:36 PM
kalau jumpa jgn sepak laju2
kau bawak kereta laju laju je....sauk terus
Quote Bangbot 19-8-2019 05:55 PM
Ini lah harapan bangsa esuk2....hanat punya perangai. Dah tua esok baru nak insaf

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.071673 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top