CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Drama "Sweet Dreams" Dituduh Plagiat Drama Korea "While You Were Sleeping"?

17-8-2019 08:36 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 14417| Komen: 77|Original author: Myeonir

Memang tak dinafikan drama "Sweet Dreams" lakonan Ben Amir dan Mira Filzah berjaya menambat hati rakyat Malaysia selepas tayangan beberapa episod. Hampir setiap malam drama itu pasti trending di Twitter. Seronoklah pengarahnya iaitu Michael Ang!


Kredit foto: Instagram
Pun begitu, dalam keseronokan penonton yang suka melihat drama bergenre baru digarap oleh penerbit drama di Malaysia, ada beberapa netizen yang tekankan drama ini mungkin meniru drama asal dari Korea iaitu "While You Were Sleeping". 

Kredit foto: Blog

Kepada yang tidak tahu, drama Korea ini dilakonkan oleh Lee Jongsuk dan Bae Suzy di mana turut diselitkan elemen mimpi buruk berkaitan masa depan.

Perbezaannya hanyalah heroin dalam drama Korea yang mengalami mimpi buruk itu manakala dalam drama "Sweet Dreams", watak hero yang mendapat mimpi buruk tersebut.

Ramai peminat bukan sahaja menunding jari kepada Michael Ang, malahan penulis asal cerita ini iaitu Acik Lana turut dilemparkan tuduhan plagiat.

Kredit foto: Twitter
Pun begitu, Acik Lana telah menafikan dakwaan tersebut sebelum di Instagramnya. Bagaimanapun, entri tersebut telah dipadam oleh penulis novel itu.

Kredit foto: Twitter
Ada juga netizen yang menyatakan bahawa antara titik persamaan lain kedua-dua drama itu adalah lakonan heroin adalah kayu!

Kredit foto: Facebook
Apa pula pendapat anda? -CARI


Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 17-8-2019 08:51 AM
Pendapat saya ben amir makin popular
Saya x tengok cite neh
Quote miznora 17-8-2019 09:00 AM
Alahh korang ni taksub sangat dengan korea drama. Scene ni sama scene tu sama.. Jln citer tu sama jln citer ni sama. Bosan betul. Mcm takde citer lain yg tak penah sama scene sama jln citer

Wlpn begitu aku tak tengok dua2 citer hahahaha... Tp menyampah la korang ni suka kait sana sini. Tengok je tak bole ke{:run{:run{:run
Quote mimi77 17-8-2019 09:02 AM
sweet dream ni bukan adaptasi novel eh?
Quote duradanis 17-8-2019 09:34 AM
best la citer SD ni.. semua orang impikan cerita tu wow wow tapi korang tk tahu dorang nk belakon tu mcm mana susah., so appreciate seni org kita..
Quote firasAli 17-8-2019 09:37 AM
Tak tiru pun drama Korea Tu...cuma sama Tema mimpi je...jln cerita lain

Lagi pun bukan drama Korea je Ada pasal mimpi ni...20 thn lps kat channel axn ade teledrama pun Tema mimpi2 ni....koser sgt kpop msia ni perasan Korea je yg Ada original idea pasal storyline pesen gini
Quote merahrose 17-8-2019 09:38 AM
Kdrama pn tiru org lain...latest one hotel de luna...aku caya ja hong sister tu tiru yg china punya..
Sweet dreams version cina yg hero mimpi buruk..
Quote claudya 17-8-2019 09:54 AM
kadang menyampah jugak orang yang taksub ngan kdrama ni. semua benda nak compare. tak suka tak payah tengok je boleh?
Quote jijana 17-8-2019 09:55 AM
Mira bole berlakon..tp too plain character dia..dah la bisu..tp pwlakon lain yg bring colors to this drama..klu mira sorang...abisla misery and dull citer ni..
Quote rose_weedy 17-8-2019 10:00 AM
jijana replied at 17-8-2019 09:55 AM
Mira bole berlakon..tp too plain character dia..dah la bisu..tp pwlakon lain yg bring colors to this ...

Setuju ngan u... Betul beul
Quote bintangct 17-8-2019 10:09 AM
Hello hollywood pun dah buat la cite .mimpi2 ni maybe 80an or 90an la Dah x igt.. tajuk phenomena Hero John Travolta Hero ni pon ada kanser otak
Quote farlis 17-8-2019 10:11 AM
Yg penting ben amir hensem
Quote cikdilla 17-8-2019 10:22 AM
Suke je citer ni.sume pun cute dari citer ala2 korporat juta2 tu,baikla tgk citer ni
Quote Gomea 17-8-2019 10:44 AM
Kdrama mmg hebat segala2 nya. Idea fresh... Sebab tu sume suka tiru.






Quote LadyCarefree 17-8-2019 11:02 AM
Memang xfaham cemaner migha femes
Quote harkktuih 17-8-2019 11:40 AM
Kpoppers neh asal boleh semua benda nk claim org tiru korea sana..
Quote dineo 17-8-2019 11:43 AM
mana ada tiru
konsep mimpi je sama
jalan citer lain langsung


aku tgk while you were sleeping
aku tgk and baca sweet dream


tak sama la gila ...
klu dah tak suka macam2 nak kutuk



byk jer citer lain konsep mimpi2 boleh tgk future
marvel movie pon ada
jangan nak jadi bangang sgt
diri sendiri pon plagiat , ada hati nak tuduh org plagiat

Quote masdiana-ana 17-8-2019 11:57 AM
Edited by masdiana-ana at 17-8-2019 12:02 PM

mana ada sama part mimpi jer sama...iols pun tgk wyws tapi tak sama langsung dgn kdrama tue..anyway iols suka semua watak dlm sweet dream lagi2 watak Farah..terbahak2 iols gelak klau ada scenes si farah nie..watak yg kureng mira filza..iols tak faham knp ramai org suka MF nie lakonan dia sama jer tiap2 drama ..iols dah terminat kt Ben amir..dulu pun dah tahu ben nie pandai berlakon tapi sejak masuk slot astro megadrama terus dia popular harap tak ada edisi burung2 berterbangan..
Quote firasAli 17-8-2019 01:13 PM
jijana replied at 17-8-2019 09:55 AM
Mira bole berlakon..tp too plain character dia..dah la bisu..tp pwlakon lain yg bring colors to this ...

Dlm ig live Ben Hari Tu Ada cakap Susah sebenarnya nk berlakon dgn Mira kekonon mute ni....sbb Mira Kan kj menggodek hp je...yg kena beri reaction si Ben Tu...Mira pun cakap kalau scene tak kesampaian kene salahkan Ben,sambil gelak2...choi sgt minah ni....


Quote grouper 17-8-2019 01:17 PM
Aku plak rasa yg ada persamaan dua cite ni hero die overrated n heroin comel je

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.063119 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top