CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibelasah 8 Individu Lepas Terlanggar Cermin Sisi Kereta

16-8-2019 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5238| Komen: 39

Hanya kerana terlanggar cermin sisi sebuah kereta, lelaki tempatan berusia 44 tahun cedera dipukul lapan individu, lapor Berita Harian.

Kejadian dikatakan berlaku di kawasan parkir hadapan sebuah restoran, di Jalan Sutera Taman Sentosa, Johor Bahru, malam Rabu.


Dalam kejadian 11 malam itu, mangsa yang juga peniaga memandu di Jalan Sutera berhadapan sebuah restoran sebelum terlanggar cermin sisi sebuah kereta lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais, pemilik kereta yang juga lelaki tempatan berusia 43 tahun naik minyak sebelum menghampiri kenderaan mangsa bersama tujuh individu lain.


Gambar Hiasan

“Suspek mengetuk kereta mangsa dengan kayu hingga mangsa keluar dari kenderaannya. Suspek kemudian bersama individu lain dipercayai memukul mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai bersama isteri dan seorang anak lelakinya berada di dalam kereta untuk mencari kedai makan di sekitar Taman Sentosa.


“Suspek dikatakan tidak berpuas hati terhadap mangsa yang melanggar cermin sisi keretanya,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan yang kebetulan sedang melakukan rondaan kawasan berjaya meleraikan insiden itu.

Berikutan kejadian, seorang lelaki ditahan, manakala tujuh lagi berjaya meloloskan diri.

Kes bagaimanapun masih dalam siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duri_durians 16-8-2019 01:33 PM
umur dah 40 pun bodoh...
budget2 gangster ke? last2 kena tinggal sorang2.

bodohnyaaa laaaahhh
Quote sidewinder 16-8-2019 02:11 PM
se-gangster mana pun org awam....polis dtg lari jugak.....ni namanya gangster taik kucing
Quote aHoi83 16-8-2019 02:15 PM
Bodohnya laaaa calar keter punya hal kene tido lokap
Quote yuki812 16-8-2019 02:24 PM
berjangkit2 lah benda ni..
berapa harga cermin keta tu kalau ganti pon..ribu riban ke..
sampai nk dok maki pukul memukul..
Quote DeMax 16-8-2019 02:27 PM
Umah jawa ape nak hairan
Quote Eric.n9 16-8-2019 02:33 PM
Tak boleh settle elok2 ke?
Cakap baik2, Minta ganti rugi dah ler...

Ni tak, siap pecah cermin...
Pukul lagi...
Quote Lengkong 16-8-2019 02:35 PM
Tak dak kesedaran jugak walaupun baru je jadi kes besar. Patutnya umur dah 40 tu dah pandai
Quote saviour_09 16-8-2019 02:45 PM
kalo gangster betul2
tak lari bila polis sampai sis

ni gangtaik
beramai je berani

tuih!
Quote ctaz 16-8-2019 02:45 PM
ini gangster tarak telur...
pukul sorang pun nak panggil geng...
gangster melayu otak bangang......

Quote haryatie 16-8-2019 02:47 PM
kecil punya hal pun beria
Quote Artemesiaa 16-8-2019 02:49 PM
Gigih memasing nak jadi gangster sejak dua menjak ni
Quote HannahMontana 16-8-2019 02:51 PM
Eric.n9 replied at 16-8-2019 02:33 PM
Tak boleh settle elok2 ke?
Cakap baik2, Minta ganti rugi dah ler...

Ramai org ckp elok-elok pun xguna
Quote famri7 16-8-2019 02:51 PM
Dasar terroist...mcm setiap orang ada jah bomb tggu masa jah nk meletop..tanda korang tidak amallan ajaran islam yang betul..elohim tunjuk jelas ..berkali2 .
Quote prettyuglybabe 16-8-2019 03:04 PM
setau i kalau report tak ada nama alamat no plate bagai tu, 80% mesti bukan melayu
Quote Eric.n9 16-8-2019 03:06 PM
HannahMontana replied at 16-8-2019 02:51 PM
Ramai org ckp elok-elok pun xguna

Tu masalahnya...
biasa benda kecik je asalnya...
tup tup pastu melarat..
Quote matchstick 16-8-2019 03:06 PM
famri7 replied at 16-8-2019 02:51 PM
Dasar terroist...mcm setiap orang ada jah bomb tggu masa jah nk meletop..tanda korang tidak amallan  ...

xada tulis pun dalam artikel tu bangsa apa, ugama apa. cuma tulis warga tempatan. kalau cina, india bukan warga tempatan ke sistur?
Quote Cpkay 16-8-2019 03:07 PM
satu lawan satu lah bro..
Quote HannahMontana 16-8-2019 03:08 PM
Eric.n9 replied at 16-8-2019 03:06 PM
Tu masalahnya...
biasa benda kecik je asalnya...
tup tup pastu melarat..

Sikap tak betanggungjawab mcm itulah.
Quote eLiaD 16-8-2019 03:11 PM
tmn sentosa ni mmg port gangster tai kucen black area sepet sape yg dok jb taw la

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.116469 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top