“Dia (Nora Anne) tidak berada di sana sebelum ini dan seseorang telah meletakkan dia di sana dengan tujuan untuk menghilangkannya." Datuk Nora Anne Quoirin, 15, percaya ada orang meletakkan mayat cucunya di lokasi dia ditemukan.
Menurut Utusan yang memetik laporan The Irish Times, Sylvain Quoirin mendakwa dia percaya kematian cucunya terdapat unsur jenayah memandangkan lokasi mayat ditemui sudah beberapa kali diperiksa. Datuk Bandar di Perancis itu juga menegaskan bahawa cucunya tidak mungkin berjalan sendiri, sekali gus menolak teori mangsa berada di luar secara sendiri atau dibawa oleh seseorang. “Bolehkah kamu bayangkan dia berjalan sejauh 2.5 kilometer dalam keadaan tidak berpakaian dan berkaki ayam di tengah-tengah malam? Bagi saya, itu tidak masuk akal,” persoalnya. Tegasnya, Nora rapat dengan ibu bapa dan adik beradiknya selain seorang yang penakut.
Sementara itu, Belfast Telegraph melaporkan peguam yang mewakili keluarga mangsa, Charles Morell ketika ditemu bual memaklumkan ke-luarga mangsa berpuas hati dengan tugas dijalankan pihak berkuasa Malaysia. - CARI
|
ADVERTISEMENT