Penyanyi Britney Spears, 37, menyebabkan kemarahan netizen apabila memuatnaik sepasang kasut mewah berjenama Louboutin di Instagramnya beru-baru ini. Semuanya berpunca daripada kapsyennya yang dituduh membazir, menunjuk-nunjuk dan mempromosikan barangan berasaskan kulit binatang.
Britney memuatnaik gambar kasut berwarna hijau itu dengan kapsyen "Empat tahun lalu saya beli sepasang kasut kulit ular jenama Christian Louboutin saya yang pertama berharga ASD6K (RM25K), tapi saya tidak pernah memakainya!" tulis Britney. Tetapi nampaknya status Instagram itu menyebabkan kemarahan pelbagai pihak. "Kamu boleh bagi saya kasut itu saya akan jual untuk membayar makanan semua fakir miskin selama setahun di kampung saya," kata seorang netizen. "Jangan terlalu bangga menayangkan kemewahan apabila ramai orang tidak mampu untuk mencari makan. Apa kata kamu dermakan sahaja," ujar seorang lagi. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga golongan yang anti terhadap ekspolitasi haiwan yang turut mengecam Britney. "Tahniah kerana menyumbang kepada kekejaman terhadap haiwan," sindir seorang netizen. "Sungguh memalukan, membunuh haiwan untuk kelihatan cantikkemudian berlagak dengan kemewahan, kulit ular bukan untuk pakaian," tambah seorang lagi pencinta haiwan. Bagaimanapun Britney mengambil langkah tidak mengendahkan semua kecaman di ruangan komennya dan ini mengecewakan ramai peminatnya. Adakah peminat beliau terlalu sensitif atau Britney yang tidak memahami mereka? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|