Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkongsi sebuah klip video pendek yang menunjukkan Baginda sedang menyanyi beberapa baris lagu Tanya Sama Pokok nyanyian Tan Sri P. Ramlee.
Dalam video yang dimuatnaikkan oleh Baginda di akaun Twitternya, Baginda kelihatan duduk di samping Syafirah Hanum Chik, 23, seorang wanita yang mengidap Sindrom Down. Baginda menyanyikan beberapa bait lagu tersebut ketika melawat kediaman Syafirah di Taman Sri Keramat pada 16 Ogos lepas, selepas diberitahu bahawa lagu itu adalah lagu kegemaran wanita tersebut. Turut kelihatan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Syah yang kedengaran menyanyi bersama. Menurut ibu Syafirah, Puan Salmah Ali, pasangan Diraja itu kelihatan tersenyum melihat reaksi anaknya. 'Baginda berdua turut memberitahu saya supaya banyakkan bersabar menjaga anak istimewa' tambahnya memberitahu Bernama. Raja Permaisuri Agong juga berjanji untuk menghadiahkan Syafirah buku mewarna selepas diberitahu bahawa gadis itu minat melukis dan mewarna. Netizen yang menonton klip video itu di media social memuji tindakan dan layanan Baginda berdua kerana dikatakan sangat berjiwa rakyat. 'You are a gem and berjiwa rakyat, you are awesome' kata salah seorang netizen. - CARI |
ADVERTISEMENT