Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu akhirnya berjumpa dengan ahli keluarga Lans Koperal Moses Logers selepas hampir sebulan anggota tentera itu dilaporkan hilang bersama seorang lagi rakannya, Koperal David Edmund Rapi.
Mereka berdua dilaporkan hilang semasa menjalani sebuah operasi dipanggil 'Ops Pejarak' di Pulau Perak, Kedah pada 19 Julai lepas. Kegagalan kementerian itu memberikan maklumat terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) dikritik hebat oleh pelbagai pihak sehingga keluarga kedua-dua tentera dari Sarawak itu terpaksa mengadakan satu sidang akhbar di Kuching, baru-baru ini untuk meningkatkan operasi mencari. Ketika kehilangan, kedua-dua anggota tentera itu tidak membawa sebarang peralatan kecuali telefon pintar. Keluarga David dan Moses terpaksa mengambil inisiatif dengan mengambil penerbangan ke Pulau Perak semata-mata untuk mendapatkan maklumat dan membawa pulang barangan milik anggota terbabit. Mat Sabu yang berlepas ke Sibu untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) di Kem Rascom, Batu 10 mengambil kesempatan bertemu keluarga Moses untuk menzahirkan rasa simpatinya. Beliau dijangka akan bertemu keluarga David selepas itu. Antara kritikan yang dilemparkan oleh masyarakat ialah kurangnya maklumat terkini, bilangan anggota dan peralatan mencari SAR yang sedikit. Malah, ramai juga yang membandingkan kekurangan operasi mencari dua tentera itu dengan operasi SAR seorang anak pelancong asing yang sesat di sebuah resort di Negeri Sembilan baru-baru ini. Bagaimanapun, Menteri Pertahanan memberi jaminan bahawa operasi mencari di daratan akan diteruskan dan semoga mereka berdua dapat dijumpai dengan selamat. - CARI
|
paiayam replied at 21-8-2019 11:03 AM
Lembabnya beliau
Sang_Pencinta replied at 21-8-2019 11:22 AM
Kan? Anak buah hilang macam nuat dumno je
sepiITUindah replied at 21-8-2019 11:59 AM
mat sabu ni patut diganti dengan janna nick jer
grouper replied at 21-8-2019 11:10 AM
Ada kluar berita ke dua org ni hilang?
MissVixen replied at 21-8-2019 01:18 PM
Kesiannya. Kenapa berita kehilangan ni tak dihebohkan? Kisah si anne dan politik je banyak.
Semoga ...
ADVERTISEMENT