Tahniah kepada pelakon jelita Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, apabila dia selamat bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 38, Ahad lalu.
Menurut Intan, dia dan Razrul mula berkenalan sejak setahun lalu dan memilih untuk mengadakan majlis pertunangan serentak dengan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-22 tahun. Memetik laporan Harian Metro, Intan terbuka hatinya dengan jejaka itu kerana sikapnya yang matang dan memahami kerjayanya sebagai seorang artis. "Saya mula melihat keserasian kami berdua selepas hubungan kami menjadi serius. Hati saya terbuka untuk menerima lamarannya kerana sikap matang yang ada padanya. Dia juga memahami agenda seni saya yang padat," kata Intan kepada Harian Metro.
Tambah Intan lagi, walaupun jarak usia mereka berbeza 16 tahun, ianya bukan halangan untuk dia memilih Razrul sebagai calon suami. "Dia masih bujang dan bukan berstatus duda seperti tanggapan orang," tambah Intan. Majlis pertunangan Intan dan Razrul berlangsung di Hotel Thistle, Johor Bahru, dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat. |
ruffboyz replied at 20-8-2019 10:41 AM
psl ahli perniagaan tu.. klu ahli nujum hang terima tak?
gigihadid replied at 20-8-2019 10:47 AM
kannnn.. sbb byk duit maka nya terima dgn sepenuh hati la..
ADVERTISEMENT