CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerana Tidak Mampu, Kulit Ayam Jadi Lauk Harian

20-8-2019 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3699| Komen: 20

Siapa sangka kerana kesempitan hidup, keluarga lima beranak di Kampung Tengah, Kuala Krai ini menjadikan kulit ayam sebagai makanan harian mereka. 

Memetik laporan Bernama, Siti Hamidah Abdul Hamid, 32 berkata kesempitan hidup di samping pendapatan suami Muhamad Zuhaidi Safin, 33 sebagai buruh membuatkan mereka tidak mampu berbelanja mewah. 

Kredit foto: Bernama

"Biasanya saya mendapatkan kulit ayam ini di sebuah kantin di sekolah berdekatan kerana beranggapan satu pembaziran sekiranya dibuang.

"Lagipun, keluarga saya memang tidak mampu untuk makan daging ayam atau ikan setiap hari. Mujurlah ada orang yang sanggup menyediakan kulit ayam untuk diberikan kepada keluarga saya," katanya. 


Katanya lagi, bukan dia tidak tahu kulit ayam bukanlah elok dimakan namun keadaan keluarga kurang mengizinkan. 

Kredit foto: Bernama

"Untuk makan daging ayam atau ikan setiap hari kami memang tidak mampu. Jika makan pun mungkin sekali seminggu dan selebihnya akan diisi dengan apa sahaja lauk yang ada.

"Setakat ini, kesemua tiga anak perempuan saya (Siti Aisyah, 8; Norsyayidah Nafisah, 6; dan Nor Syafiya Nadira; 3 tahun) gemar memakan kulit ayam sejak dua tahun lalu," katanya lagi. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 20-8-2019 03:59 PM
Dapnya kulit ayam
Quote gaara_X 20-8-2019 04:04 PM
Pasar malam kat KL..melambak orang jual kulit ayam....Putrajaya pun ada...mmg tak heran sangat....
Quote kaklong32 20-8-2019 04:13 PM
gaara_X replied at 20-8-2019 04:04 PM
Pasar malam kat KL..melambak orang jual kulit ayam....Putrajaya pun ada...mmg tak heran sangat....

btol pasa malam banyak jual goreng tepung tu
Quote manehnya 20-8-2019 04:15 PM
buh tepung sikit goreng, buat jual laku kak oi

duduk kampung senang nk cari makan, suh laki p tangkap ikan kt taliair boleh dah buat lauk kak, tak pun p mancing kt sg/tepi laut boleh je buat lauk lain dr mkn kulit tu hari2

kulit ayam tu ok tapi ayam zaman skrg ni kan ayam hormon, jd x berapa elok la org puan makan

Untuk makan daging ayam atau ikan setiap hari kami memang tidak mampu.


mcm tu la jugak isi rumah marhein yg lain pun, reporter x dak cerita lain nk up ka, motip nk kutip derma ka macam mana?
Quote inspiro92 20-8-2019 04:17 PM
Edited by inspiro92 at 20-8-2019 04:18 PM

Ya Allah kesiannya. Senoga keluarga ini dikurniakan kesenangan suatu hari nanti.sabar ye kak.
Quote Kurex 20-8-2019 04:20 PM
Dah ada thread ni..
Quote ketambangkang 20-8-2019 04:22 PM
kesiannya..kite beli psr malam mkn sesekali je gais, bayangkan dorg hari2 kena mkn kulit tu..semoga nsb mereka sekeluarga lebih baik lps ni
Quote pokaibanktokyo 20-8-2019 04:23 PM
Topik dah ada
Quote LadyCarefree 20-8-2019 04:29 PM
Edited by LadyCarefree at 20-8-2019 07:56 PM
manehnya: buh tepung sikit goreng, buat jual laku kak oiduduk kampung senang nk cari makan, suh laki p tangkap ikan kt taliair boleh dah buat lauk kak, tak pun  ...



Bela sendiri la ayam. Dapat daging dapat telur.

Makan telur, tauhu, tempe, kentang.

Sayur pun murah. Tanam sendiri lagi bagus. Ayam pun boleh makan lebihan sayur batang sayur.

Tanam pokok buah. Papaya, pisang, kelapa, macam2 pun boleh. Ayam pun boleh tumpang makan.

Kalau nk kerja senang memang la pi kutip kulit ayam tiap hari.

Oh and please la stop breeding.
Quote sabundettol 20-8-2019 05:24 PM
Tetiber rasa hiba..kita ni selalu bazir..walhal org lain nak makan ikan ayam pon susah dapat...darjat syukur tu tinggi dari bersabar

Maybe family ni boleh tanam ulam2, kuchai ke..oklah tu..at least makan berkhasiat jugak..kalau tak mampu beli ayam..mungkin boleh beli tempe, tofu, telur..insyaallah kenyang dan wholemeal
Quote KIM.K 20-8-2019 06:06 PM
Orang susah zaman dulu makan nasi, minyak goreng ikan, kicap dan ikan goreng kunyit
Lo ni kulit ayam terus. Sedih sungguh
Quote Mooverine 20-8-2019 06:17 PM
Susah nak dpt kulit ayam kat kedai2 jual ayam sekarang...
Quote Tinot7 20-8-2019 06:22 PM
KimK silap ni. Orang zaman dulu susah jadi mampu makan nasi dgn garam je. Ataupun ubi dengan garam. Dapat makan ubi dgn kelapa dah dikira mewah. Zaman iols takde duit masa student gitew, iols mkn megi. Tapi kesian juga la dgn famili ni. Kalau tak dibantu nnt takut anak2 terjebak dgn benda2 yg tak elok disbbkan kemiskinan.
Quote Miss.H 20-8-2019 07:22 PM
Jarak kampung ni dengan bandar kuala krai dalam 6km berbanding jarak rumah aku di kampung dengan bandar adalah 20km. Elok je mak aku survive jual nasi belah pagi. Bukan nak menghina atau mengeji. Umur pun muda lagi. Elok lah bercucuk tanam. Pergi jual dekat pasar borong atau pasar pagi.
Quote Miss.H 20-8-2019 07:29 PM
LadyCarefree replied at 20-8-2019 04:29 PM
Bela sendiri la ayam. Dapat daging dapat telur.

Makan telur, tauhu, tempe, kentang.

Sangatlah betul. Lagipun umur muda lagi. Masih gagah untuk usahakan tanah di belakang rumah sewa tu. Tanam cili, kangkung,serai etc. Pastu pergi la jual dekat pasar. Mustahil xde pasar di kawasan kampung
Quote rospinki 20-8-2019 08:46 PM
Berminyak je muka akak hri3 makan kulit ayam.
Moga murah rejeki  
Quote anaktoyol 20-8-2019 08:49 PM
ada tanak besar selangkah x selangkah...pi tabur benih sawi/kangkung/bendi...kat kedai eko 2rm jer....
Quote Nuyak 21-8-2019 02:38 PM
sedapnya goreng garing2...
Quote jeligoreng 27-8-2019 09:54 AM
Memang kalau orang susah susah ni anak ramai eh? I tengok especially dalam program Bersamamu tu, mostly anak ramai. Adehh.. Memang lah rezeki dan boleh bantu bila besar nanti... tapi for now hadaplah banyak kos, adoi

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.037624 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top