CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dari Jerawat Menggerutu Ke Kulit Flawless Dalam 8 Bulan, Jejaka Ini Kongsi Rahsianya

22-8-2019 10:47 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5289| Komen: 19|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Kehadiran jerawat di muka bukanlah sesuatu yang dinanti-nantikan. Apa lagi jika keadaannya semakin bertambah teruk dan tidak kunjung pulih walaupun telah menggunakan pelbagai produk dan rawatan. 


Mungkin tidak menggangu kesihatan, tetapi sudah pasti ianya akan mengurangkan keyakinan kita unutk berdepan orang ramai, kan?


Kredit foto: Twitter

Adakah anda pernah mengalami perkara sama?

Seorang netizen di Twitter telah berkongsi rawatan yang digunakannya untuk mendapatkan wajah mulus flawless dalam lapan bulan sahaja! 

Lelaki itu yang menggunakan nama akaun Ddabong berkata, beliau telah menggunakan pelbagai jenis ubatan dan menjalani rawatan, tetapi tidak mendapatkan hasil memuaskan.


Kredit foto: Twitter

Sebaliknya, jerawat di mukanya semakin teruk dan menjejaskan keyakinannya. Bagaimanapun, setelah menjalani rawatan, kulit mukanya telah berubah 180 darjah dan kini tanpa cacat cela. 

Untungnya beliau sudi berkongsi rawatan yang berkesan itu.


Kredit foto: Twitter

Rupanya, rawatan berkesan yang dimaksudkan bukanlah di pusat kulit atau krim mahal, tetapi hanya di klinik kerajaan yang sudah pastinya mengenakan bayaran paling murah.

Langkah pertama, pergilah ke mana-mana klinik kerajaan yang ada pakar dermatologi (kulit). Kalau ada surat rujukan, lebih mudah dan cepat prosesnya.

Beliau kemudian diberikan ubat yang dimakan sekali sehari dan pencuci muka yang dipakai dua kali sehari.


Kredit foto: Twitter

Beliau menggunakan ubat dan pencuci tersebut seperti dinasihatkan doktor. Hasilnya, dalam lapan bulan kini beliau tidak lagi mengalami masalah jerawat. Dan yang lebih penting, beliau hanya membayar RM5 untuk perkhidmatan tersebut. Mudah, bukan?


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, ubat yang diberikan seperti di atas bukanlah sesuai untuk semua orang. Jadi, anda perlu mendapatkan sendiri preskripsi daripada doktor. 

Juga, kulit wajah anda perlu betul-betul teruk untuk mendapatkan perkhidmatan ini, jika jerawat beberapa biji sudah pasti anda akan dinasihatkan menggunakan produk di pasaran sahaja.

Jadi, bagi yang bermasalah, ini satu peluang anda untuk mencuba rawatan baru dengan kos yang jauh lebih murah. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diggerr 22-8-2019 10:51 AM
Yang perlu: wang yg banyak. Haha
Quote Sang_Pencinta 22-8-2019 11:02 AM
Klinik kerajaan tak perlu bayar mahallah, setakat rm5
Quote sarah82 22-8-2019 11:05 AM
rm5 dan kesabaranyg tinggi menunggu giliran
Quote Sang_Pencinta 22-8-2019 11:06 AM
sarah82 replied at 22-8-2019 11:05 AM
rm5 dan kesabaranyg tinggi menunggu giliran

Ksn? Reg jam 9 am , jam 1 pm baru dpt turn

Sabar jelah
Quote sarah82 22-8-2019 11:08 AM
Sang_Pencinta replied at 22-8-2019 11:06 AM
Ksn? Reg jam 9 am , jam 1 pm baru dpt turn

Sabar jelah

Ramai org.. Tapi bagi aku rawatan hospital kerajaan walaupun lambat tapi terbaik.

Jadi kalau melibatkan sakit serius..better pi hospital kerajaan.
Quote Boomibulat 22-8-2019 11:09 AM
Sekali bc mcm jururawat menggerutu.
Quote nefnefnef 22-8-2019 11:12 AM
Beza betul muka adik lepas rawatan. Terus Oppa! Tahniah dik dah pulih dari masalah jerawat
Quote yuki812 22-8-2019 11:39 AM
Edited by yuki812 at 22-8-2019 12:00 PM

hah...mmg tgh mkn ubat ni..
tp meols sbb demam..x sedap perut..
flawless..ntah..tp mcm ok je kulit walaupon mmg xde mood nk jaga.
terus g ladies room belek muka..huhuhu
Quote Sang_Pencinta 22-8-2019 12:09 PM
yuki812 replied at 22-8-2019 11:39 AM
hah...mmg tgh mkn ubat ni..
tp meols sbb demam..x sedap perut..
flawless..ntah..tp mcm ok je kulit ...

Kulit terus mulus ke??
Quote yuki812 22-8-2019 12:16 PM


hehehehehe
yg penting save duit x yah buat sulam bedak hokeyy..
Quote Kurex 22-8-2019 12:34 PM
Boleh la kita laga pipi....
Quote hyie 22-8-2019 12:41 PM
15 tahun lepas, iols pernah pegi klinik gomen, pastu dia bagi tetracycline. Memang berkesan, tapi kesan sampingan jangka panjang adalah bakteria yang baik akan mati, jadi kulit iols jadi lebih sensitif menyebabkan badan iols senang naik panau. Lepas berhenti amik ubat, lepas 3 tahun baru pulih sepenuhnya daripada masalah sensitif panau ni. Gitulah citernya.
Quote Artemesiaa 22-8-2019 01:04 PM
Moralnya dapatkan nasihat pakar untuk hasil yang memuaskan jangan pandai2 guna product yang belum tahu akan keberkesanannya
Quote buapakperut 22-8-2019 01:36 PM
jetawat ni banyak sebab, banyak jenis kulit n banyak cara rawatannya. jangan sorang kata ini bagus untuk dia kita ikut taram sama.
Quote Cpkay 22-8-2019 01:47 PM
sarah82 replied at 22-8-2019 11:08 AM
Ramai org.. Tapi bagi aku rawatan hospital kerajaan walaupun lambat tapi terbaik.

Jadi kalau m ...

setuju.. anak anak kecik especially.. better pergi kerajaan..depa memang check teliti
Quote sarah82 22-8-2019 01:48 PM
Cpkay replied at 22-8-2019 01:47 PM
setuju.. anak anak kecik especially.. better pergi kerajaan..depa memang check teliti

Kan.. Sy mmg apa2 pi hospital kerajaan.. Lambat x apa.. Janji kita tau sakit kota.
Quote awanysss 22-8-2019 02:36 PM
iols pun dapat semua ubat2 tu.. alhamdulillah dlm 4 bulan je dah clear muka.. pastu iols terus stop tanpa nasihat doktor.. so far so good
Quote lhrunderground 22-8-2019 05:35 PM
{:nose{:nose{:nose{:nose{:nose
Quote Foxey 24-8-2019 09:08 PM
Jimat duit p hospital kerajaan, mujarab plak tu. Nanti nak bagitau my cousin lah. Dia sedang menderita jerawat teruk masa ni

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.111266 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top