CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Dia Pegang Kaki Kemudian...' - Pesakit Kulit Dakwa Diraba Doktor Popular Bangsar

21-8-2019 01:01 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 12631| Komen: 34|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Seorang wanita berkongsi pengalaman diganggu secara seksual oleh seorang pakar kulit di sebuah klinik popular di bangsar.

Menurut Tashny Sukumaran yang juga seorang wartawan (beliau membenarkan identiti sebenarnya digunakan), pada 16 Ogos lalu, beliau telah berkunjung ke klinik kulit Dr Ruban Nathan untuk penyakit genetik ichthyosis yang dihidapinya.


'Bagaimanapun, beliau telah meraba saya tanpa memaklumkan atau menerangkan terlebih dahulu,' tulisnya di laman Twitter. Dakwaan beliau itu kini dikongsikan oleh lebih 3,500 netizen.


Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter


'Doktor itu memegang kaki saya dan menarik saya ke ribanya tanpa memaklumkannya.

'Beliau kemudian meraba-raba kaki saya secara kasar, saya cuba menarik kaki tapi dia meneruskan aksinya.

'Bagaimanapun, saya menggunakan suara kuat untuk memarahinya beberapa kali sebelum berjaya melepaskan diri,' kata Tashny lagi. 



Kredit foto: Twitter

Menurutnya lagi, doktor itu meneruskan perbualan bertanyakan pekerjan, majikan dan isu politik. 

'Saya percaya dia hanya berpura-pura untuk melihat reaksi dan menenangkan saya. 

'Saya pernah dirujuk kepada doktor lain sebelumnya, tetapi bukan begitu cara pemeriksaannya dan mesti ada jururawat bersama, tetapi ini tidak ada,' kata beliau lagi.

Selepas membayar bil dan mengambil ubat, Tashny membuat laporan kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Kementerian Kesihatan. 


Kredit foto: Dr. Ruban

Dr Ruban Nathan yang dihubungi wartawan Says.com menafikan dakwaan tersebut.

'Dakwaan gangguan seksual itu tidak benar, terdapat jururawat bertauliah menemani sepanjang rawatan lima minit tersebut. Menerusi kamera litar tertutup (CCTV), pesakit juga kelihatan tenang ketika meninggalkan klinik. 

'Kami sudah 50 tahun memberikan khidmat dengan reputasi cemerlang tanpa sebarang dakwaan sebelum ini. Kami akan merujuk kepada peguam untuk tindakan undang-undang,' ujarnya.

Bagaimanapun, penafian Dr Ruban itu tidak mematahkan komen daripada beberapa bekas pesakitnya yang pernah mendapat layanan serupa. 



Kredit foto: Twitter

Seorang wanita berkata, beliau diraba di lengan oleh doktor itu ketika mengiringi adik dan ibunya mendapatkan rawatan.


Kredit foto: Twitter

Seorang lagi berkata Dr Ruban meraba bahunya dan memberi komen tentang saiz buah dadanya walaupun beliau ketika itu baru berumur 12 tahun. 


Kredit foto: Twitter

Netizen ketiga berkata Dr Ruban pernah menyindir berat badannya punca penyakit kulit dihidapinya.


Kredit foto: Twitter

Manakala, seorang netizen berkata Dr Ruban meribanya ketika memeriksa kulit kepala. 


Kredit foto: Carian google

Dakwaan demi dakwaan ini perlu diberikan perhatian kepada MMC untuk memberikan keadilan kepada pesakit tersebut. Yang pasti, adakah doktor ini tersilap mangsa kerana memilih seorang wartawan berani sebagai mangsa? Kita nantikan kebenarannya. - CARI
1

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • natrahn

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Cari-Azza


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-8-2019 01:33 PM
Apa punya perangai la doktor ni
Quote matchstick 21-8-2019 02:06 PM
aku penah jumpa dr ruban ni 10 tahun lepas rasanya. masa tu kulit kena gatal2 teruk..mmg mcm tu pun cara dia. masa tu xde pulak syak apa2.
Quote pheonix84 21-8-2019 03:11 PM
matchstick replied at 21-8-2019 02:06 PM
aku penah jumpa dr ruban ni 10 tahun lepas rasanya. masa tu kulit kena gatal2 teruk..mmg mcm tu pun  ...

Atas riba jugak ke u?
Quote Artemesiaa 21-8-2019 03:16 PM
Bila seorang bersuara yang lain pun akan berani bersuara akhirnya.  
Quote RatuDunia94 21-8-2019 03:47 PM
Edited by RatuDunia94 at 21-8-2019 03:49 PM
Kurex: Apa punya perangai la doktor ni


X nak kena raba ke? Ok ape dr ruban ni kan manis gak...
Quote Wakefield 21-8-2019 04:10 PM

Huwarghhhh baru last week jumpa dia. Anak eczema.
Quote chicozinn 21-8-2019 04:31 PM
dr ruban ni muka cm azal anak kak ZZ..so da boleh bayang si azal muka cmne bila tua nanti..
Quote Sang_Pencinta 21-8-2019 04:52 PM
matchstick replied at 21-8-2019 02:06 PM
aku penah jumpa dr ruban ni 10 tahun lepas rasanya. masa tu kulit kena gatal2 teruk..mmg mcm tu pun  ...

Kena riba jugak ke???
Quote Sang_Pencinta 21-8-2019 04:56 PM
RatuDunia94 replied at 21-8-2019 03:47 PM
X nak kena raba ke? Ok ape dr ruban ni kan manis gak...

Haha... Kalau dr kacak sis sudi kena raba ke?
Quote awanysss 21-8-2019 05:00 PM
bahaya jugak.. other side of the coin gituu
Quote matchstick 21-8-2019 05:07 PM

ingat2 lupa dah..tapi masa tu pakai baju kurung sbb baru balik kerja. kena selak kain tinggi jugak dia tgk kaki. dia ada bagi tarikh next appointment utk follow up. tapi i x pegi dah sbb rasa malu nk selak2 kain byk kali. nasib baik lps makan ubat tu elok dah
Quote RatuDunia94 21-8-2019 06:28 PM
Sang_Pencinta replied at 21-8-2019 04:56 PM
Haha... Kalau dr kacak sis sudi kena raba ke?


Kalau mcm Dr Mike or Dr Say
Why noddddddahhhhh...
Quote nutnet 21-8-2019 06:29 PM
Edited by nutnet at 21-8-2019 06:34 PM

Euww.. Check balik doc kat sunway pun memang betul la dia. Since about 10 years ago juga penah ada appointment dgn this doc. Ingat nama ni tapi tak ingat dah rupa. Ingat dia bagitau ada klinik kalau tak dapat jumpa di sunway.

Dok pegang2 perut tapi macam tak dpt nk proses what's going on. Plus gaya dia mcm suka menyembang or like what she said probably nak defuse the situation bila org dah mula uncomfortable.

Nasib tu je lepas to kowserr nak gi sana balik. Mental note remembered creepy doc must not come back.
Also acik misi wasn't around. Tu lagi terasa lagi ke-creepy-iannya.
Quote Sang_Pencinta 21-8-2019 06:53 PM
nutnet replied at 21-8-2019 06:29 PM
Euww.. Check balik doc kat sunway pun memang betul la dia. Since about 10 years ago juga penah ada a ...

Kena raba ke? Oleh dr yg sama?
Quote nutnet 21-8-2019 08:30 PM
Sang_Pencinta replied at 21-8-2019 06:53 PM
Kena raba ke? Oleh dr yg sama?

Tak raba rasanya.. Ditujal, dicubit, dipegang lelemak ku ahaha. Tak ingat sebab dah lama dah. Lagi2 disebabkan aku memang blur orang nye. Macam tak sure apa yg berlaku. Yg pastinya berkali2 ya.. Eww

Bila lepas jer consult masa tunggu ubat tu lama dok pikir, proses. Apsal doc tu macam tu. Cuma ingat masa tu memang takmo dah gi derm sunway. And tak hingin consult dia kat klinik dia sebab dia kata bukan all the time kat sunway.
Quote diggerr 21-8-2019 09:20 PM
Rosakkan karier sendiri
Quote beta_carotene 21-8-2019 09:42 PM
RatuDunia94 replied at 21-8-2019 05:28 PM
Kalau mcm Dr Mike or Dr Say
Why noddddddahhhhh...

amboi geletisss..
Quote eyansss 22-8-2019 05:24 AM
unethical...  kalau doc sesama jantina pun kena ada nurse...  lagipun, unnecessary touching mana wujud dalam dunia kedoktoran...  aku pernah dapat gynae lelaki tapi tak pernah buat unnecessary touching  apatah lagi sampai tahap meraba2...  inikan pulak setakat doc kulit/ dermatologist...
Quote natrahn 22-8-2019 08:14 AM
aiyoo spesel treatment sesangat doktor ni bagi sampai dok atas riba ...seram

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.228361 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top