Kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun ditemui mati selepas dipercayai menggantung diri kerana kecewa gadis diminatinya sudah mempunyai kekasih. Memetik The Sun, rakan-rakannya menyangka Harry Storey, 13, hanya bergurau apabila menyuarakan hasratnya hendak membunuh diri.
Dalam prosiding inkues, Sarjan Detektif Lou Heffernan-Glover mendakwa hasil pemeriksaan di dalam bilik mangsa bagaimanapun tidak menemui sebarang nota yang boleh mengaitkan motifnya membunuh diri. Namun, dalam beberapa pesanan WhatsApp kepada rakan-rakannya, Harry meluahkan kekecewaannya apabila salah seorang rakan baik perempuan yang diminatinya memberitahu sudah memiliki teman lelaki sebelum menyatakan hasrat ingin membunuh diri. Bapa mangsa, Andrew Storey yang baru pulang ke rumah mereka di Chilton, Oxfordshire terkejut apabila mendapati keadaan anaknya tergantung dan cuba memberi bantuan pernafasan.
Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital pada 1 Mac lalu, namun disahkan meninggal dunia tiga hari kemudian. Kematian Harry mengejutkan seluruh ahli keluarganya kerana mangsa dikatakan seorang yang periang dan tidak memiliki masalah kesihatan mental. - CARI
|
CiliPadiSedap replied at 21-8-2019 12:49 PM
ni tips nak bercinta ye :
> bila kita suka seseorang , maksudnya ada orang lg sempurna daripada y ...
Nurul8001 replied at 21-8-2019 09:35 PM
cinta ni perlukan modal duit, kalau spender pun mak ayah belikan mohon terjun lombong jgn timbul2 ...
ADVERTISEMENT