CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Teman Lelaki Sebab Diejek Terlalu Gemuk Untuk Makan Aiskrim

21-8-2019 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2607| Komen: 13

Padah menghina bentuk fizikal teman wanita, seorang lelaki maut ditikam kekasih sendiri.

Lapor Shanghaiist, suspek naik hantu apabila teman lelakinya mengejek dia sudah terlalu gemuk untuk memakan aiskrim.



Kredit foto: Shanghaiist

Sebelum kejadian, pasangan itu dikatakan sedang bersiar-siar di sekitar kawasan membeli-belah di Henan, China pada Rabu apabila wanita terbabit menyatakan ingin makan aiskrim untuk membasahkan tekak.

"Awak dah gemuk sangat, masih nak makan aiskrim lagi?" cemuh teman lelakinya.

Selepas dihina begitu, suspek hanya mendiamkan diri sebelum dia masuk ke sebuah kedai dan membeli gunting, lalu menikam lelaki itu sebanyak empat kali.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital kerana kehilangan banyak darah, manakala suspek berjaya ditahan selepas cuba melarikan diri.




Difahamkan, kedua-dua pasangan itu berusia lingkungan 20-an dan baru menjalin hubungan tidak sampai sebulan. - CARI

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-8-2019 01:14 PM
Kau patut bersyukur sebab org masih terima kau!!!!! Dah memang betul kau gemuk, yg kau pergi tikam kenapa??!!!!
Quote natrahn 21-8-2019 03:10 PM
allah.. kejamnya... bf2 sekalian di luar sana, tolong la len kali kalau nak cakap awek gemok tukar cakap tak kurus.... sedap sikit bunyinya
Quote helicornia 21-8-2019 04:43 PM
kalau dh tk suka gemuk nape ko kapel dgn dia
Quote Veneer 21-8-2019 05:16 PM
Kekasih aku dah mula berani angkat kaki gemuk beliau nak terajang aku, tak kena sebab lembab dan ketinggian kaki beliau hanya mencecah paras peha aku. Tapi cubaan itu ada. Beliau memang fighter walaupun lembik, aku lock dia terus meronta “help me”. Aku hari hari panggil dia gemuk dan selalunya hanya jelingan yang dilemparkan. Hmmmm. Aku didalam kerisauan.
Quote noraidil_06 21-8-2019 05:45 PM
@Veneer sape kekasih malang kau tu?
Quote ikanmasin 21-8-2019 08:34 PM
baru sebulan lbh couple mati sia2 kerana apa
kerana mulut badan binasa trs mati ..kan takde
guna nya..muda lg tu
Quote Carcosa 21-8-2019 09:21 PM
Mula2 meols nmpk headline, ingatkan troll je. Rupanya betul. Gila betul betina tu. Me'ols teringin sgt nak tgk badan si betina tu. Sbb sensentap ya amat dikatakan gumuk {:iwant
Quote Veneer 22-8-2019 01:31 PM
noraidil_06 replied at 21-8-2019 05:45 PM
@Veneer sape kekasih malang kau tu?

Siapa eh? Aku sendiri tertanya tanya siapalah yang malang sangat jadi kekasih aku tu.
Quote niena90 22-8-2019 02:06 PM
Dah tau tak suka pompuan gemuk, tak payah la bercinta dgn dia. Ko cari jelah pompuan kerempeng dari dulu lg. Hadoii x memasal mati sia2
Quote Cpkay 22-8-2019 02:14 PM
Di China tiada apa yang mustahil.
Quote eyansss 22-8-2019 02:20 PM
tahniah dek...  jadikan pengajaran kat lelaki lain supaya mulut tak sewenang2nya gemokkan orang...  hahaha...

tapi lagi best kalo ko walk away n cari bf lain dek...  kan dah sesia celebrate kemenangan tikam orang jahat mulut dalam lokap...
Quote Malaysia.Doom 23-8-2019 01:14 AM
Makan aiskrim je Pon....bodoh punya jantan
Quote nono86 23-8-2019 06:26 PM
Tak jaga hati perasaan langsung. Kan mendapat.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.110536 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top