CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kareena Kapoor Dikritik Muat Naik Foto Tanpa Mekap

21-8-2019 01:25 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 13786| Komen: 44|Original author: Oleh: Nia M

Kareena Kapoor ialah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan Bollywood. 

Walaupun pada asalnya Kareena dikenali sebagai adik perempuan kepada aktres tersohor Bollywood, Karisma Kapoor ketika itu, dia telah berjaya membuktikan keaslian bakat dalam darah keluarga Kapoor yang mengalir dalam tubuhnya.



Kredit foto: IG

Kareena telah mendirikan rumah tangga bersama aktor Saif Ali Khan yang merupakan seorang duda dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang anak lelaki yang comel.


Kredit foto: Google

Terkini, Kareena ada memuat naik sekeping foto di laman Instagram di mana dia langsung tidak mengoles sebarang mekap di wajahnya. 

Justeru, foto wajahnya yang kelihatan lesu mengundang kritikan sebahagian pengguna IG.

Kredit foto: IG


Ada yang berpendapat wajah Kareena sudah tua dan tidak cantik.


Kareena yang kini menjangkau usia 39 tahun memberi kenyataan balas terhadap kritikan itu. 



Ramai juga pengguna IG yang membela tindakan Kareena kerana berani memuat naik foto wajah sebenar memandangkan zaman sekarang, ramai gadis lebih gemar menggunakan fungsi filter sebelum berkongsi foto di laman sosial.

Mereka juga menyokong bahawa penuaan itu berlaku kepada semua orang, malah Kareena sebenarnya masih lagi cantik pada kategori usianya. 




Bersabarlah Kareena! Kerenah netizen sememangnya tidak dapat dihentikan. Yang penting, kecantikan Kareena memang semula jadi dan asli. Jom layan foto-foto Kareena dulu! - CARI










2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 21-8-2019 01:50 PM
Comel sungguh anak dia ni
Quote matchstick 21-8-2019 02:00 PM
okay je kulit dia x kusam..tang mata je nmpk lesu sbb eyebag. retis bollywood kalau xmekap mmg kusam pun kulit diorg. contoh rani mukherjee tu
Quote Boomibulat 21-8-2019 02:02 PM
Mcm sajat je..
Quote Beribear 21-8-2019 02:10 PM
Aiyoooo jauh beza kareena dgn rani.. Rani tu gelap. Kareena ni tak makeup still nampak putih merah which is ramai wanita2 malaysia ni mahu kan. Sbb tu nak bersulam bedak bagai. Bagus jawapan kareena. Biasa lah dah aging tp still cantik. Ritu iolss gi maydin kat kl beli coklat, ya Allah nampak 1 girl pakistan ni cantik betul. Kulit camni lah, putih merah. Aiiyoo mmg wanita2 kat malaysia ni tak de rupa gitu. Dgn hidung mancung nya.
Neway, anak dia dah besar sikit sebiji rupa saif tu.. Handsome yakmat
Quote umbut 21-8-2019 02:17 PM
Dia ni idok ler cun sangat muka jate... tapi body, lakonan letupzzzz
Quote diggerr 21-8-2019 02:35 PM
Standard laaa bare face
Quote ketambangkang 21-8-2019 02:37 PM
ok je tgk..normal la mata klu x pakai eye liner mmg nmpk lesu
Quote natrahn 21-8-2019 03:09 PM
cantik je dia mekap atau tanpa mekap..
Quote buapakperut 21-8-2019 03:11 PM
sheol bukan muda lagi,kira ok kulit tu takda jeragat n kedut sangat. cuma pucat je
Quote Artemesiaa 21-8-2019 03:27 PM
Normal lah kalau kelihatan sebegitu kalau tampa makeup beliau pun bukannya muda remaja lagi
Quote cicicumel 21-8-2019 03:41 PM
karisma kapor lagi lawa cuma dh tua.
Quote RatuDunia94 21-8-2019 03:45 PM
Elok je iols tgok... utk umur mencecah 40an mcm tu ok lah..
Quote haryatie 21-8-2019 04:02 PM
x make up mmg la mcm tu
apa lah yg nk dikritik sgt tu
tetap ok jugak
putih licin jerk
Quote chula 21-8-2019 04:12 PM
ok je pd aku xdela mak lampir jadinya..still nmpk cantik..xmekap mmg lah xkan sama muka bila dah bermekap
Quote sheqim 21-8-2019 04:19 PM
Ye sheols dah tua.. dah2 la berlakon watak heroin remaja.. rengsa tgk sian kat hero.. kesian kat arjun kapoor (one of cth)hahahaha

Sori fans kareena bebo ni iols mmg xpernah minat sheols tapi kuarga she bkn calang2 dlm industri  thats why sheols masih laku yachhh..
Quote tengah_bosan 21-8-2019 04:27 PM
Beribear replied at 21-8-2019 02:10 PM
Aiyoooo jauh beza kareena dgn rani.. Rani tu gelap. Kareena ni tak makeup still nampak putih merah w ...

Waduh...Tinggi betul benchmark utk org ppuan nak jadi cantik mcm tu..
Hmm
Quote awanysss 21-8-2019 04:59 PM
hahahhaa yg komen tu tak tahu kot ade life lain disebalik kaca tv.. kat tv haruslah indah2 je kan..
Quote jijilaaa 21-8-2019 05:08 PM
bodoh y komen tu pun. patutula ramai y gila nak cantik, sbb ada manusia  y ada minded mcm si pengomen tu laaa
Quote intanumbrella 21-8-2019 05:09 PM
Cantik je sheols...gambar masa kecik tu comel sungguh...ala yang mengkritik tu, time umo 40 ada tak kulit dia mcm kareena ni...tah2 kusam teruk...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.114354 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top