Selepas penyebaran gambar Jalur Gemilang dipasang terbalik tular dalam media sosial, timbul pula dakwaan perbuatan itu merupakan sebahagian daripada usaha mencipta persepsi kononya wujud kempen untuk menghina bendera negara. Ketua Polis Negara, Dato' Abdul Hamid Bador menyeru kepada semua pihak supaya jangan cepat melatah dan mengeksploitasi kes-kes sedemikian tanpa mendapatkan fakta sebenar memetik laporan Bernama. Abdul Hamid berkata, perbuatan berkenaan bukan sesuatu yang dirancang untuk memberi mesej-mesej yang tertentu.
“Saya tidak mahu beri amaran lagi kepada orang ramai (isu sensitiviti perkauman)...kami siasat, kami kenal pasti dan kami terus tangkap,” katanya lagi. Benda Malaysia adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara. Seperti yang diketahui umum, bendera Malaysia sudah lama wujud sebelum negara ini mencapai kemerdekaan lagi pada 1957. Ia digunakan sejurus selepas negara ini menyambut kemerdekaannya. Sempena bulan kemerdekaan dan sejak tularnya isu bendera terbalik, TV Pertiwi menerusi akaun twitter mereka telah memuat naik infografik Jalur Gemilang untuk dikongsi netizen. Infografik ini mudah difahami dan diharap dapat memupuk kembali rasa hormat kita pada bendera Malaysia dan juga menyemarakkan rasa cinta pada negara. Bendera Malaysia juga patut dikibarkan setiap masa bukan setakat ketika menyambut bulan kemerdekaan. Setiap rakyat yang sayangkan negara sudah pasti akan mengibarkan bendera negara tanpa rasa segan silu. Sayangi Malaysiaku! Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62! - CARI |
diggerr replied at 30-8-2019 02:38 PM
A good reminder
ADVERTISEMENT