Malaysia terkenal dengan kekayaan budaya termasuklah pakaian tradisi. Sering kita melihat gadis India dan Cina memakai baju kurung tetapi jarang bagi gadis Melayu untuk memakai Cheongsam, apa lagi Sari.
Bagaimanapun, keputusan seorang gadis Melayu memilih untuk memakai sari dalam satu majlis perkahwinan rakannya yang berketurunan India, mendapat perhatian ramai. Pemilihan pakaian sari oleh Jasila, 24, yang menjadi salah seorang pengapit kepada rakannya itu sangat unik kerana beliau menggabungkan pakaian traditional India itu dengan hijab. "Saya tunjukkan kepada Twitter dulu gambar saya sebagai pengapit versi Malayalee," katanya. Susulan itu, tweet tersebut menjadi hangat dengan 4400 likes dan 840 kicauan semula. Tidak seperti sari biasa, sari yang dipakai oleh beliau mempunyai lengan yang panjang. Ianya dikatakan ditempah khas dari India. Selain mendapat pujian melangit daripada rakan-rakannya yang berketurunan Melayu, Jasila juga mendapat banyak komen daripada netizen berketurunan India. "Kamu sangat cantik dengan sari, saya akan menunjukkan gambar ini kepada anak saya supaya berbangga dangan pakaian tradisi kami," kata seorang wanita India. "Saya seorang warga Malaysia berketurunan Malayalee dan sangat kagum dengan usaha kamu berpakaian sari," kata seorang lagi. Tidak ketinggalan beberapa orang netizen Melayu yang turut memuatnaik gambar mereka berpakaian sari yang berwarna warni, seakan memulakan trend seperti itu. Bagaimanapun, Jasila berkata beliau tidak bermaksud untuk mempromosikan Melayu memakai sari tetapi hanya berkongsikan pengalamannya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakannya. Apa-apapun, beliau memang tampak manis dengan pakaian tradisi suku India tersebut. - CARI |
xtahumenahu replied at 27-8-2019 01:15 PM
Malayalee tu mamak ke apa?
selipar_hijau: Pic yg bawah tu amatlah buruk
ADVERTISEMENT