CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Astro Kesan Kebocoran Data Melibatkan Hampir 0.2 Peratus Pelanggan

23-8-2019 03:31 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 1952| Komen: 7|Original author: Tukang Tulis

Gambar hiasan. Kredit foto: Carian Google

Astro Malaysia Holding Bhd (Astro) berjaya mengesan insiden kebocoran data MyKad yang melibatkan hampir 0.2 peratus daripada pelanggannya di seluruh negara baru-baru ini.

Memetik laporan The Edge Markets pada 22 Ogos, Astro menyatakan, terdapat percubaan secara tidak sah untuk mengakses maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina, bangsa dan alamat pelanggan.

"Kurang daripada 0.2 peratus pelanggan kami terlibat dalam insiden ini dan kami sedang dalam proses untuk memaklumkannya kepada mereka.

"Kami memberi jaminan bahawa tiada maklumat kewangan pelanggan yang didedahkan. Kami menangani insiden ini serta-merta dan menghentikan akses tidak sah tersebut," jelas Astro.

Kebocoran data pelanggan Astro melibatkan maklumat dalam MyKad (gambar hiasan). Kredit foto: Carian Google

Astro menambah, laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa berkaitan seperti polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

Syarikat itu tidak dapat mengulas lanjut tentang insiden berkenaan memandangkan ia sedang dalam siasatan polis.

"Astro kesal dengan segala kebimbangan serta kesulitan yang dialami akibat insiden ini. Kami akan sentiasa berjaga-jaga dalam melindungi maklumat pelanggan," katanya.

Ibu pejabat Astro (gambar hiasan). Kredit foto: Carian Google
Insiden kebocoran data pelanggan Astro ini merupakan yang kedua berlaku sejak 14 bulan lalu.

Pada 6 Jun 2018, Lowyat.net melaporkan insiden serupa melibatkan kira-kira 60,000 pelanggan Astro. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 23-8-2019 06:20 PM
Asterok betul la
Quote tumpanglalu74 23-8-2019 06:23 PM
Bahaye tau orang tau alamat U.
Quote hussaini4675 23-8-2019 06:40 PM
Firewall roboh kot
Quote Carcosa 23-8-2019 08:22 PM
Halamakkkk {:yameteh
Baru2 ni ada lah a few missed call from Astenuk {:freak
Meols tak angkat dgn sengaja. Adakan meols tersenarai dlm 0.2% itu??? {:freak
Harus besok meols call theyols
Quote Ina8895 24-8-2019 12:52 AM
Carcosa: Halamakkkk {:yametehBaru2 ni ada lah a few missed call from Astenuk {:freakMeols tak angkat dgn sengaja. Adakan meols tersenarai dlm 0.2% itu??? {:fre ...


Munchkin jugak tu
Quote diggerr 24-8-2019 08:53 PM
Bahaya weiii
Quote Ina8895 6-10-2019 09:36 PM
Ada ke lagi orang pakai asterok ni?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.069378 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top