Hunan: Petani di sini menangkap dan membunuh seekor tikus raksasa yang mengganas di pedalaman Shaoyang dan memakan ikan, menurut akhbar Sanxiang Metropolis Daily.
Mereka mendakwa melihat tikus besar itu menerkam seekor ikan seberat 3 kilogram dari kolam sebelum mengepung dan membunuh haiwan seberat 5 kilogram dan satu meter panjang. “Dua pisau patah ketika memotong daging tikus itu sebelum dimasak”, kata petani. Tikus menjadi makanan ruji di Guangdong, dihidangkan secara panggang, kukus dan sup. SEORANG petani menunjukkan seekor tikus gergasi ditangkap sebelum dimasak untuk dimakan.
|
ADVERTISEMENT