Nina Iskandar dan Lan Lebah yang mengadakan resepsi secara besar-besaran pada 4 Ogos lepas telah merungkai khabar angin yang mengatakan bahawa dia telah berkahwin secara senyap-senyap.
Walaupun baru hampir sebulah berita perkahwinannya dihebahkan, Nina dan Lan sebenarnya telah bernikah pada April lalu. Terbaru, Nina berkongsi berita gembira bahawa dia sedang mengandungkan anak pertama hasil daripada perkongsian hidupnnya bersama Lan. Walaupun baru sahaja melalui fasa honeymoon, ternyata takdir Allah itu lebih indah. Walaupun pada awalnya terdapat banyak komen yang ditinggalkan pada entri ini, bagaimanapun nampaknya Nina telah menutup ruangan komen itu. |
ADVERTISEMENT