Seorang gadis bernama Wan Farah memakai gaun pasar berharga RM18 ke majlis berprestij, Kuala Lumpur Fashion Week dan mendapat pujian ramai. Semuanya bermula pada minggu lalu apaila seorang pengguna Twitter, @harafnaw memuatnaik sekeping gambar gaun yang dilihatnya di pasar malam dengan kapsyen 'tidak siapa yang boleh lawan gaya rempit gaun ini'. Bagaimanapun, apabila Wan Farah melihat status Twitter itu, beliau telah mengulang kicau dengan cabaran 'jika ada 10 retweet, saya akan memakai dress ini ke KLFW'.
Tak sangka cabaran itu disambut ramai dan seorang kawannya sanggup membeli gaun itu di pasar malam Pasir Mas, Kelantan dengan harga RM18 dan kos penghantaran RM50. Keesokan harinya, Wan Farah muncul di KLFW dengan memakai dress pasar malam tersebut dan mendapat pujian ramai. Ada yang berkata, pengajaran daripada kisah ini adalah tidak kira berapa harga pakaian jika sememangnya menepati bentuk tubuh si pemakai dan dipakai dengan penuh keyakinan, pasti akan kelihatan mewah. Apa kata anda? - CARI |
Kurex: Pakai je la apa pun, bukan classy mana pun klfw ni. Negara lain buat fesyen week dekat garden, konvensyen centre, muzium.. Kalau malaysia, buat dekat ...
aniz@emerald replied at 26-8-2019 12:15 PM
pakai baju murah tapi nmpak trendy and macam beli kt butik mahal... ini fashionista sebenar... seten ...
RatuDunia94 replied at 26-8-2019 12:28 PM
Kannn.. fashion syok sendiri.. iols tgok designer bbnu.. sebenarnya bukan designer pon.. mcm y ...
RatuDunia94: Kannn.. fashion syok sendiri.. iols tgok designer bbnu.. sebenarnya bukan designer pon.. mcm yaya zahir host hlive pon boleh dpt slot.. asalkan baik d ...
Artemesiaa replied at 26-8-2019 12:11 PM
Bentuk badannya yang ada sedikit lekuk disana sini buat ia nampak menarik cuba jenis yang papan mema ...
ADVERTISEMENT