Rakyat Malaysia dengan minuman manis seakan tidak dapat dipisahkan. Sebut sahaja minuman yang ditambah 'pearl' atau boba semakin dikenali ramai hinggakan anak kecil pun sudah pandai meminta-minta. Bukan itu sahaja, kafe hipster dan restoran berjenama antarabangsa pun turut menghidangkan gaya hidup urban, kononnya. Sudahlah minuman berkaramel, diletakkan sirap gula lagi, tabur dengan karamel di bahagian bawah dan atas dan akhir sekali masukkan whipped cream yang menjadi kebanggan segelintir orang. Namun, hakikat yang terpaksa dihadapi selepas itu sangat menyakitkan. Ini kerana hampir 40,000 warga Malaysia disahkan mengalami kegagalan buah pinggang dan ianya berpunca daripada minuman manis!
Hal ini sangat menggusarkan di mana kesan negatifnya bukan lagi memberi impak kepada orang tua sahaja, malahan generasi muda yang sangat menyukai minuman tidak sihat ini! Angka ini akan semakin meningkat jika obses terhadap 'minuman potong kaki' ini tidak dihalang. Malahan ada yang berkata mujurlah kos perubatan di negara kita masih mendapat subsidi kerajaan. Jika tidak, memang parah! "Nasib kita bukan macam amerika, insulin pun almost free, kalau tak ramai dah mati. Oh well" Bagaimanapun, ada yang berkata ianya boleh diambil selagi kita mampu mengawalnya. Sebagai contoh, sebulan sekali sahaja dibenarkan. "Tbh... I nak rasa je. As self reward myself. I think ok kalau nak minum but kena cut 500kcal per daily." Jadi, bagaimana? Takut kan melihat orang muda-muda belum 30an lagi terpaksa membuat dialisis kerana masalah yang dicari sendiri. - CARI |
CatMiow replied at 27-8-2019 02:33 PM
Yg kena tu jenis tak biasa minum air kosong kot. Dah tu kat rumah hadap lagi air kordial.
ADVERTISEMENT