Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dicabul dan hampir saja dirogol oleh rakannya sendiri, di rumah bapa mangsa di Kuala Ibai, Kuala Terengganu Rabu lalu.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian berlaku ketika mangsa ke rumah bapanya bersama tiga rakan lelaki pada jam 4.30 pagi. “Bagaimanapun, apabila tiba mangsa mendapati ayahnya tiada di rumah. “Mereka memecahkan kunci untuk masuk ke rumah dan ketika berada di rumah, mangsa berborak sambil menonton televisyen. “Sejam kemudian, mangsa masuk ke bilik untuk tidur dan diekori salah seorang rakannya. “Suspek bertindak meraba dan menanggalkan pakaian mangsa serta cuba merogolnya di dalam bilik, namun kemudian beredar meninggalkan rumah,” menurut satu sumber. Mangsa difahamkan menceritakan kejadian itu kepada bapanya sehari selepas kejadian. “Susulan itu bapa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 11 malam, hari sama. “Mangsa turut dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan polis sudah merakam percakapan mangsa serta melakukan siasatan di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut,” kata sumber itu lagi. - CARI
|
sidewinder replied at 26-8-2019 05:55 AM
apa nak heran .....kes pelik2 gini biasa jadi kat gannu......makang ikang banyok ngat ni
ADVERTISEMENT