Selepas kecoh di media sosial yang mengatakan aktress Sweet Qismina telah menyuntik bibir untuk kelihatan lebih seksi, akhirnya beliau tampil membuat penjelasan.
Sweet menjelaskan bahawa bibirnya kelihatan seperti 'disuntik' kerana solekan dan cara 'posing' di hadapan kamera. Tambahnya pula, muka beliau memang akan kelihatan perubahan yang sangat jelas jika turun dan naik berat badan. Berikut merupakan kenyataan Sweet seperti dipetik Beautifulnara:
Mengakui ingin memiliki bibir seksi seperti Izara Aisyah dan Zahirah McWilson, Sweet 'terpaksa' bergaya dengan lebih ekstra untuk mendapatkan rupa bentuk bibir yang diingini. Katanya, tiada kena mengena pun dengan cucuk! Korang ni, memandai-mandai je kan? Tapi kalau cucuk pun rasanya tak ada masalah kot? Sebab duit masing-masing! - CARI |
ADVERTISEMENT