Lelaki di Bihar, Patna dibunuh dan tubuhnya dikerat tujuh bahagian hanya kerana jatuh cinta. Gulf News melaporkan, Abhishek Kumar dikatakan jatuh cinta terhadap seorang wanita ketika menghadiri sebuah kelas bimbingan.
Mereka dikatakan sudah bertemu beberapa kali sebelum hubungan itu diketahui keluarga wanita terbabit. Wanita itu kemudian dikahwinkan dua bulan lalu, namun dikatakan masih bertemu Abhishek mencetuskan kemarahan keluarganya. Minggu lalu, mangsa dikatakan pergi bertemu dengan wanita terbabit, namun dia kemudian dilaporkan hilang. Usaha keluarga mangsa mencarinya juga gagal sebelum kehilangannya dilaporkan kepada polis. Pada Sabtu, penduduk kampung mengadu terdapat bau kurang menyenangkan dari kawasan sawah padi membawa kepada penemuan anggota badan mangsa yang dikerat dan dicampak ke beberapa lokasi.
Sebaik membuat laporan polis mengenai penemuan itu, anggota tubuh berkenaan dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat. Kata polis, anggota tubuh mangsa dikerat kepada tujuh bahagian menggunakan objek tajam. Menurut Superintendan Dhurat Sayli Savlaram, keluarga mangsa membuat pengecaman berdasarkan pakaian dan tali pinggang Abhishek. Keluarga mangsa percaya Abhishek dibunuh kerana jatuh cinta dengan seorang wanita. - CARI
|
Artemesiaa replied at 26-8-2019 02:38 PM
Sikit lagi ada ler produksi bollywood buat pilem pasal kes ni
jazaa100 replied at 26-8-2019 02:15 PM
Pompuan tu yg gatal, dah kwin pun pi melayan....tak pasal pasal dia kena bunuh....
ADVERTISEMENT