Malaysia memang tidak pernah lekang daripada kontroversi, ada sahaja yang berlaku. Kes terhangat terbaru melibatkan seorang penjenayah pedofil yang diberikan peluang belajar di UKM dan meneruskan kehidupan seperti biasa menyebabkan orang kita berbelah pendapat.
Ada yang menyokong, ada yang menentang habis-habisan.
Tindakan segelintir yang menyokong si genius pedofil itu memulakan kehidupan baru di Malaysia turut mencetuskan kemarahan pelakon terkenal Tiz Zaqyah. Menerusi Twitternya, Tiz mengecam sikap hipokrit masyarakat yang dianggapnya #sicksociety ini. Katanya, lelaki pedofil dan yang menonton video lucah diterima, tetapi perempuan walau apapun pencapaiannya masih ditanya "tudung, mana tudung?". Tweetnya itu mendapat sokongan netizen yang merasakan wujud sikap pilih kasih masyarakat dalam layanan terhadap "dosa" dibuat lelaki dan perempuan. Tetapi, ada juga yang berkata sama ada pedofil atau tidak bertudung kedua-duanya adalah kesalahan yang perlu dikecam. Apa pandangan anda, adakah betul sikap kita berbeza terhadap kesalahan lelaki dan perempuan? Selaku perempuan anda pernah dilayan teruk hanya kerana anda perempuan? Atau sebagai lelaki, pernah tak terlepas daripada kesalahan sebab "ala dah nama lelaki"? - CARI |
CatMiow replied at 27-8-2019 11:39 AM
Biasala, perempuan ni kan satu fitenah.
Buat salah disisi agama, dinerakakan. Buat talk kat ML s ...
tuberoses replied at 27-8-2019 01:04 PM
wow, ada yg sokong? giler puak2 yg sokong ni..sakit mental
namieamuro replied at 27-8-2019 02:04 PM
yg penting, pompuan ape2 kne pakai tudong..lps tu kalau buat slh pun, org akan kate, kurg2 die bertu ...
ADVERTISEMENT