"Bermesraan antara suami isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan." Itu antara petikan artikel yang dikongsi Ahya Rosli sebagai reaksi terhadap kecaman warganet berhubung isu bercumbu dengan isterinya, baru-baru ini. Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu turut mempersoalkan mengapa bercium dengan perempuan ketika berlakon dibolehkan, tetapi mencium isteri dalam kehidupan sebenar tidak boleh dikongsi di laman sosial? "Dia kata, islam tak ajar. Pakai otak la nyet sebelum cakap ngan aku," sindirnya. Berikutan itu, pelbagai reaksi ditunjukkan warganet berhubung kenyataan Ahya.
Pelakon itu sebelum ini memuat naik sekeping foto intim dia dan isteri, Shahirah Sanusi sedang bercumbuan. Dia bagaimanapun memadam foto itu beberapa jam kemudian. Ahya pejam mata ke, macam mana dengan ayat di bawah "Walau bagaimanapun, Islam amat memberi perhatian terhadap isu kehormatan..."? Apalah kata maknya sendiri, kan? - CARI
|
jijilaaa replied at 27-8-2019 12:20 PM
selalu y up up kat socmed ni bukanya bahagia pun. Ak pun pelik lah, kawan ak kemain dok ngadu pasal ...
jijilaaa replied at 27-8-2019 04:20 AM
selalu y up up kat socmed ni bukanya bahagia pun. Ak pun pelik lah, kawan ak kemain dok ngadu pasal ...
ADVERTISEMENT