Keseronokan dua sahabat bermain gusti lengan bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka cedera hingga patah lengan. Shanghaiist melaporkan, dua sahabat itu merupakan penuntut sebuah kolej di Jiangsu, Changzhou. Ketika kejadian, mangsa berusia 21 tahun yang mahu dikenali sebagai Xu itu berkata, dia terdengar bunyi 'klik' dari lengannya sebelum anggota itu tidak boleh digerakkan. Hasil imbasan x-ray menunjukkan tulang humerus dari bahu hingga ke siku retak di dua tempat.
Kecederaan dialami Xu bagaimanapun mengejutkan doktor memandangkan dia masih muda dan tulangnya masih kuat. - CARI
|
ADVERTISEMENT