Aplikasi perbankan atas talian adalah sebuah aplikasi yang bertujuan memudahkan setiap penggunanya melakukan segala urusan perbankan dengan cepat dan mudah.
Hanya berbekalkan telefon pintar dan talian Internet yang stabil, segala urusan perbankan terdapat di hujung jari sahaja. Namun, apalah ertinya jika aplikasi tersebut sering mengundang masalah kepada pengguna?
Kecoh di laman Twitter baru-baru ini apabila aplikasi perbankan atas talian CIMB Clicks yang sedang melalui proses penyelenggaraan menyukarkan pengguna-penggunanya untuk mengakses akaun mereka melalui aplikasi itu. Ini secara tidak langsung telah mengundang kemarahan ramai pengguna aplikasi tersebut. Malah, ada pihak yang mempersoalkan mengenai bayaran terhadap servis yang mereka terima daripada CIMB seakan-akan tidak berbaloi apabila aplikasi CIMB itu sendiri sering mengundang masalah. Namun, di sebalik kekecohan terhadap masalah penyelenggaraan aplikasi CIMB Clicks ini, ada juga netizen yang bersikap positif dan bersangka baik. Apapun yang berlaku, diharap pengguna CIMB Clicks dapat bersabar dengan permasalahan ini dan dinasihatkan untuk menggunakan alternatif lain seperti melayari laman web CIMB ataupun menggunakan CIMB EVA sebagaimana yang dicadangkan pihak CIMB Bank sendiri. Anda pula bagaimana? Pernah mengalami masalah ketika hendak menggunakan aplikasi CIMB Clicks atau mana-mana perbankan atas talian? Jika pernah, kongskikan pandangan anda di ruangan komen di bawah. - CARI |
ADVERTISEMENT