CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Boboiboy Movie 2 Kalahkan Polis Evo Dengan RM25 Juta, Tapi Boleh Ke Lawan Upin Ipin Dan Paskal?

28-8-2019 12:45 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16497| Komen: 84|Original author: Shimmer Shine


a



Siapa sangka filem animasi boleh pecah panggung? Lebih dasyat mengalahkan filem-filem fiksyen lain. Boboiboy Movie 2 (BBM2) dengan bangganya mengumumkan jumlah kutipan sepanjang tiga minggu filem ini ditayangkan adalah RM25 juta! Dan ianya boleh meningkat kerana masih ditayangkan di 141 buah pawagam.

Memang hebat untuk sebuah filem fiksyen yang tidak ada pelakon ternama yang 'real' melainkan watak-watak yang sudah sebati dengan peminat drama animasi ini.

Kredit foto: IG

Lebih menarik, ia menyamai pencapaian filem animasi Upin Ipin yang turut ditayangkan tahun ini dengan angka terakhir filem dua beradik botak itu adalah RM25 juta juga.

Kredit foto: IG

Ini bermakna BBM2 sudah pun mengatasi jualan tiket filem aksi Polis Evo 2 lakonan Zizan Razak dan Shaheizy Sam yang berjaya mengutip RM20 juta pada tahun 2018. Ya! Boboiboy berjaya menyingkir Polis Evo untuk berada selesa di tangga kelima.

Kredit foto: IG
"Terima kasih atas sokongan anda dan kami mengharapkan fenomena Boboiboy masih terus membara."

Dengan tayangan yang masih diteruskan, penulis merasakan filem penuh dengan 'super power' ini akan terus mencatat kutipan yang lebih tinggi seterusnya berpeluang mengalahkan filem animasi Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal.

Sebagai rekod, Upin Ipin kini berada di tangga keempat dengan kutipan keseluruhan RM25 juta sementara tempat ketiga pula ialah Paskal dengan kutipan RM30 juta. Manakala tempat kedua dan pertama pula agak sukar untuk ditembus namun tidak mustahil iaitu Hantu Kak Limah 3 (RM36 juta) dan Munafik dengan kutipan RM38 juta.

Kredit foto: IG

Apa pun, marilah kita menyokong filem tempatan yang berkualiti tinggi. Agak-agak Boboiboy boleh atasi Paskal tak? - CARI 
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 28-8-2019 12:51 PM
Aku sampai la x boleh tgk paskal sbb menyampah kat pelakon dka..
Quote ketambangkang 28-8-2019 12:54 PM
lps ni berpusu2 lah producer nak buat film animasi
Quote tintin22 28-8-2019 12:54 PM
baru tgk semalam
Quote boojaat 28-8-2019 12:59 PM
Aritu paskal ada tayang di astro free2 jer pun i x tengok
Quote kakakko 28-8-2019 01:03 PM
Paskal x worth it pun... Tapi Polis Evo 2 memang best. Best dari yg no.1..

Upin Ipin & BoboiBoy xtengok lagiiii..
Quote msrosse 28-8-2019 01:07 PM
Rasa nk tgk bbm2 lg skali lak sbb mmg best pun klu dari segi animasi mmglah keris siamang tunggal menang .. tp klu drp segi penceritaan bbm2 tgglkan kst beribu2 tiang kat belakang wooo
Quote Amigurumi 28-8-2019 01:18 PM
sarah82: Aku sampai la x boleh tgk paskal sbb menyampah kat pelakon dka..



Samala..teringin nak tgok. Tapi..menyampah punya psl
Quote RatuDunia94 28-8-2019 01:43 PM
Iols salah sorang penyumbang.. utk buatan malaysia mmg berbaloi pon tgok..
Quote msdummy.2018 28-8-2019 01:45 PM
yesss!aku antara penyumbang kepada upin ipin dan boboi boy.....hahahahahhahahah
Quote takayama 28-8-2019 01:53 PM
sarah82 replied at 28-8-2019 12:51 PM
Aku sampai la x boleh tgk paskal sbb menyampah kat pelakon dka..

saperkah yg sarah nyampah tu

yg adults semua pakat nyampah tp bebdk amboiii bila dpt jumpa retis geletis sgt
ni hasil review dr anak kaka yg Form 1 last year

Quote takayama 28-8-2019 01:54 PM
anak2 ajak tgk lg BBM2 ni selps tgk Angry Bird Movie 2
nampaknya marathon citer cartoon ajelah
Quote mamapea 28-8-2019 02:02 PM
BBM2 ni mmg best...ada sedih, lucu, aksi, pengajaran & lain2...
mmg berbaloi tengok...
Quote umbut 28-8-2019 02:04 PM
Bab cartoon memang untung ler.. Pasai mak pak mesti bawak anak anak gi.. Ni nak tgu ejen ali, frozen pulak
Quote sarah82 28-8-2019 02:08 PM
takayama replied at 28-8-2019 01:53 PM
saperkah yg sarah nyampah tu

yg adults semua pakat nyampah tp bebdk amboiii bila dpt jump ...

Hahaha. Suami kek hanis.. Hairul.. Tak boleh tgk dia berlakon.. Annoying.. Hahahaha
Quote bedahmenjuyah 28-8-2019 02:19 PM
kakakko replied at 28-8-2019 01:03 PM
Paskal x worth it pun...  Tapi Polis Evo 2 memang best. Best dari yg no.1..

Upin Ipin & B ...

teringin nak tgk polis evo 2. dah ada kat tv kan. tak sempat lagi..

Quote takayama 28-8-2019 02:20 PM
sarah82 replied at 28-8-2019 02:08 PM
Hahaha. Suami kek hanis.. Hairul.. Tak boleh tgk dia berlakon.. Annoying.. Hahahaha

kaka dah agak sure psl si kekrul
Quote bedahmenjuyah 28-8-2019 02:20 PM
ketambangkang replied at 28-8-2019 12:54 PM
lps ni berpusu2 lah producer nak buat film animasi

tapi kos dia sangat tinggi. bertahun kot depa nak siapkan satu2 movie tu

Quote saviour_09 28-8-2019 02:21 PM
best

bawak anak tengok pun senang dia paham story line

balik terbawak2 pulak nak jadi pipi zola
Quote sarah82 28-8-2019 02:26 PM
takayama replied at 28-8-2019 02:20 PM
kaka dah agak sure psl si kekrul

Hahaha.. Adoiii.. Dah byk kali click nak tgk kat netflix tapi tak boleh.. Hahaha

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.304357 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top