Lelaki yang dikenali sebagai 'Uncle Kentang' iaitu Kuan Chee Heng baru-baru ini berkongsi di Facebook bagaimana seorang wanita yang pernah dibantunya kini berjaya dengan perniagaan nasi lemak.
Dia yang merupakan presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia (COP) menceritakan sebelum ini dia pernah membantu kehidupan Mareeya, ibu kepada lapan orang anak dengan memberikan modal memulakan perniagaan nasi lemak. Memetik laporan Malay Mail, Kuan Chee Heng berkata dia menemui Mareeya empat tahun lalu dalam keadaan yang begitu memerlukan bantuan. “Saya ke rumah mereka di kawasan Bukit Jalil dan mengetahui elektrik dan air dipotong kerana tidak membayar bil,” katanya.
“Saya ingat lagi semasa bulan Ramadan dan saya tahu dia (Mareeya) tidak ada makanan untuk berbuka puasa.” Menerusi 'Tabung Kentang' yang diusahakannya, dia juga melangsaikan bil dan mendapatkan kembali bekalan elektrik dan air wanita itu. “Kami kemudian beli sebuah Proton Wira terpakai untuk memudahkan pengangkutan dan juga wang secukupnya untuk keluarganya,” kata Kuan. “Semuanya dihabiskan sekitar RM10,000,” ujarnya. Mareeya kini membuka gerai nasi lemak di stesen minyak Shell dekat lebuh raya South Klang Valley (SKVE) sejak empat tahun lalu. - CARI
|
sarahmirza replied at 28-8-2019 02:12 PM
Sebab yamg dibantu itu sejenis manusia yang mahu berusaha...
Tahniah Uncle Kentang... Tahniah ach ...
Victorioussss replied at 28-8-2019 02:42 PM
1 dlm sejuta dlm bangsa ni
chicozinn replied at 28-8-2019 03:13 PM
pernah jmpa uncle kentang kat btu pahat thun lpas..aku siap tgur ckap eh ni uncle kentang dlm tv kn? ...
Victorioussss replied at 28-8-2019 02:42 PM
1 dlm sejuta dlm bangsa ni
ADVERTISEMENT