"Bayangkan, tertuduh perlu duduk di situ berjam-jam." Peguam utama mantan Perdana Menteri mencadangkan supaya kerusi di kandang tertuduh dipasang kusyen, lapor Sinar Harian.
Duduk berjam-jam lamanya di atas kerusi keras dan tidak berlapik itu membuatkan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak sakit punggung, kata Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Jelasnya, hanya kerusi di kandang tertuduh tidak mempunyai kusyen walaupun hampir kesemua tempat duduk di Mahkamah Kuala Lumpur dilapik kusyen. "Meskipun kerusi di galeri awam mempunyai lapisan kusyen, namun saya diberitahu wartawan senior mereka berasa sakit pinggang kerana duduk lama dan permukaan kerusi itu masih keras. "Saya jemput anda duduk di situ hanya untuk sejam. Walaupun lebih muda dan lebih berisi daripada Najib, kita tengok kalau anda mampu bertahan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah hari ini seperti dipetik Sinar.
Tambahnya, tindakan itu seolah-olah menghukum anak guamnya yang bertentangan dengan konsep keadilan, di mana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Difahamkan, prosiding perbicaraan Najib memakan masa hampir lapan jam sehari dan berlangsung hampir setiap hari sejak 3 April lalu. - CARI
|
sarah82 replied at 28-8-2019 03:34 PM
Dpt pressure sore ka?
Mfzg89 replied at 28-8-2019 03:47 PM
org x pernah rasa susah..memanjang dok atas sofa empuk je..
dino replied at 28-8-2019 03:54 PM
mslh paper kwln ph kaki kencing ni mmg dok fokus isu remeh.. najib main tepon la... najib p toile ...
dino replied at 28-8-2019 03:52 PM
kes bontot gak dihighlight... maklumlah geng semburit haha
dino replied at 28-8-2019 03:54 PM
mslh paper kwln ph kaki kencing ni mmg dok fokus isu remeh.. najib main tepon la... najib p toile ...
ResellerMaxis replied at 28-8-2019 04:23 PM
NAJIB TRIAL | Defence lawyers are sceptical of the prosecution's ability to nail Najib Abdul Raz ...
ADVERTISEMENT