Ingat lagi tak sebelum ini Emma Maembong dikatakan tengah hangat bercinta dengan Noki K-Clique?
Emma kata, Noki adalah kawan rapat dan mereka sudah berkenalan sejak tujuh tahun lepas.
Kali ini, Noki pula tampil menjelaskan yang dia langsung tiada perasaan dengan aktres cantik tersebut. Penyanyi kelahiran Sabah itu menjelaskan, isu itu timbul apabila mereka memuat naik gambar bersama. "Dari mula sudah set nak berkawan, jadi janggal sedikitlah kalau nak bercinta," katanya kepada mStar Online. Tambah Noki, dia tidak meminati wanita yang tidak menutup aurat.
Sebaliknya, Noki lebih suka wanita yang bertudung, tinggi lampai dan berwajah ala Arab. Boleh tahan juga ciri-ciri gadis idaman Noki, kan? Selamba sahaja Emma kena 'friendzone'. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|