Mekap memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang, apa lagi dalam sesuatu pertandingan berunsurkan kecantikan. Mekap yang bagus akan menyerlahkan seseorang, manakala mekap yang sendu akan menjatuhkan, malahan akan menjadi bualan umum di media social.
Itulah yang terjadi kepada peserta-peserta peragaan yang julung kali diadakan, Mister Lepa, sebuah pertandingan untuk memilih Ikon Budaya bagi Semporna, Sabah. Ramai netizen yang mengecam penampilan peserta yang dikatakan tidak sesuai terutamanya pemakaian gincu yang merah menyala. 'Gincu terlalu merah, tidak sesuai untuk lelaki, sepatutnya gunakan lip balm sahaja' kata seorang netizen. 'Cara pemadanan seluar, baju dan kot juga tidak sepadan, perlu lebih banyak buat research dalam dunia fesyen' tambah komen itu lagi. "Semoga berjaya, tapi lain kali gunakanlah MUA (make-up artist) yang pandai buat mekap untuk lelaki," kata seorang lagi. 'Nampaknya ini akan jadi viral mengalahkan Mr Cute' kata netizen , merujuk kepada sebuah pertandingan model sebelumnya yang sempat menjadi viral tahun lalu. Bagaimanapun, kecaman demi kecaman netizen itu tidak mematahkan semangat penganjur yang menyifatkan semua komen Mr Lepa ini sebagai satu publisiti buat mereka. Sememangnya satu sifat yang berani untuk tidak tunduk kepada pelbagai kecaman negatif tetapi kalau direnungkan, bukankah sesetengah daripada komen itu membina? - CARI |
luluaurora replied at 31-8-2019 11:41 AM
mr.lepa? lepa tu kebenda???
mcm kunyit jee hehehehe
dua_chzy replied at 31-8-2019 11:43 AM
Google la. Coi.
cicicumel replied at 31-8-2019 01:32 PM
org sabah ni muka sepesen mcm tu je laah... x hensem. hehe
ohnoLia replied at 31-8-2019 04:28 PM
Napa ramai org sabah yg ai kenal mostly hensem2 mcm.kuya2 pinoy...
ADVERTISEMENT