Tidak seperti kerabat Diraja di negara barat, fesyen golongan bangsawan di negara kita sebelum ini jarang menjadi ikutan ramai. Antara wanita yang pernah menjadi sebutan di Barat termasuklah Puteri Diana, Grace Kelly, Permaisuri Rania, Kate Middelton dan yang terbaru Meghan Markel.
Mereka sering menggayakan fesyen yang akhirnya sinonim dengan diri masing-masing. Bagaimanapun, susulan pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad banyak mata-mata kini tertumpu kepada fesyen yang dikenakan oleh Raja Permaisuri Agong yang terbaru, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tampil berbaju kurung dan bertudung litup, Raja Permaisuri Agong sering mendapat pujian dalam berbusana. Rupanya, fesyen-fesyen yang dikenakan Baginda direka pereka fesyen ternama, Datuk Rizalman Ibrahim yang sudah menjadi pilihan Tuanku Azizah selama 15 tahun. Terbaru, fesyen Baginda telah menjadi pilihan sekumpulan pelajar dari SMK Seksyen 24 (2) ketika mengadakan sesi fotografi untuk gambar kelas mereka. Memuat naik beberapa keping gambar, Sarah Misha (@sarahmiisha) berkata, "Tahun ini inspirasi fesyen kami adalah Raja Permaisuri Agong yang tersayang". Status itu menjadi trending dan mendapat lebih 8,000 tanda suka serta pelbagai komen positif daripada netizen. "Cantiknya fesyen korang semua," kata seorang netizen. Malah, ada beberapa lagi yang turut bertanyakan bagaimana fesyen tersebut digayakan termasuklah pemakaian pin. Lebih membanggakan, Raja Permaisuri Agong sendiri muncul di thread memberikan respon. "Canteknya!" komen baginda. Respon Raja Permaisuri Agong tersebut menggembirakan kumpulan pelajar tersebut yang teruja dan memuat naik beberapa keping gambar lagi untuk tatapan baginda. Nampaknya, selain sering dipuji sebagai kerabat diraja berjiwa rakyat, Raja Permaisuri Agong bakal menjadi trend setter terbaru dalam fesyen terutama sekali pakaian tradisional. - CARI
|
Sazida replied at 3-9-2019 02:26 AM
RPA Agong pakai elok jer nampak cantik. Entah kenapa tiba kt bebudak twitter terus nampak buruk pd m ...
ADVERTISEMENT