Gempar beberapa hari lepas apabila Leonardo Dicaprio diberitakan mati dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Riau, Indonesia pada 23 Ogos lalu.. Malah polis negara itu juga mengesahkan salah saorang daripada kemalangan ngeri yang berlaku di persimpangan lebuhraya Riau dan Sumatera Selatan itu adalah Leonardo.
Berita kematian Leonardo juga turut menjadi tajuk utama beberapa akhbar di negara tersebut. Bagaimanapun, tidak ada sebarang pengumuman daripada pihak pelakon terkenal Hollywood itu. Yang lebih menghairankan, Leonardo DiCaprio,44 juga dilihat menghadiri beberapa majlis hiburan selepas tarikh tragedi tersebut. Apa yang berlaku sebenarnya? Rupanya, mangsa kemalangan tersebut bukanlah actor pemenang Oscar itu tetapi seorang remaja berumur 19 tahun yang memiliki nama yang sama. Yang membezakan, nama remaja penuntut kolej itu dieja Dicaprio, dengan huruf 'c' kecil. Bagaimanapun, tragedi itu sempat digunakan oleh pelbagai penerbitan akhbar di negara itu untuk menarik pembaca. Ramai peminat aktor itu yang menarik nafas lega berikutan penjelasan terkini kemudian mengzahirkan rasa bersalah. 'Kenapa saya mesti lega kerana bukan Leo yang mati eksiden, sedangkan remaja itu juga sama manusia?' kata seorang netizan. Berikutan semakin ramai ibu bapa yang cenderung menamakan anak mereka seperti bintang filem dan orang terkenal, tidak hairan jika kes sedemikian akan berlaku lagi di masa depan.- CARI |
Kurex: Nak tengok muka remaja 19 tahun tu.. Mana tau sedap mata memandang..
Kurex: Nak tengok muka remaja 19 tahun tu.. Mana tau sedap mata memandang..
RatuDunia94 replied at 1-9-2019 11:57 AM
Ala wajah leluhur jawa jah..
RatuDunia94 replied at 1-9-2019 11:57 AM
Ala wajah leluhur jawa jah..
Kurex: Nak tengok muka remaja 19 tahun tu.. Mana tau sedap mata memandang..
ADVERTISEMENT