Tidak dinafikan ramai penonton yang menantikan kemunculan Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap di program Big Stage 2019. Sering memberikan komen yang positif serta membina kepada para peserta dan penyanyi BBNU, kritikan Siti juga dilihat sangat menjaga air muka peserta.
Pun begitu, rupanya ada pula di kalangan penonton yang tidak berpuas hati dengan komen dan markah yang diberikan oleh Siti yang dikatakan 'bias' dan 'tidak kena' dengan persembahan yang diberikan para peserta. Berbanding juri lain seperti Cakra Khan dan Ajai (juri jemputan minggu lalu) dilihat memberi markah yang lebih rendah, selari dengan persembahan para peserta yang kurang memuaskan.
Misalnya markah diberikan kepada peserta Chaleeda lebih tinggi berbanding peserta lain sedangkan persembahannya biasa-biasa sahaja. Begitu juga dengan peserta Indonesia, Dinda Permata yang terlupa lirik dalam persembahannya turut mendapat markah tinggi.
|
idril replied at 4-9-2019 10:49 PM
siti ni simple english pun x boleh ke kesian pulak tgk time nak bg komen kat hanbyul tetiba ckp keda ...
unguaurora replied at 4-9-2019 11:57 PM
Mcm dulu pnh dgr sheols ada tutor utk klas intensif hinggeris ni. Tp mgkn x begitu berkesan sbb dh j ...
keypochino replied at 4-9-2019 11:54 PM
Haha tau xpe.. syg la penyanyi tersohor xleh nak speaking english.. Bukan suruh komen gempak2 pun ...
ADVERTISEMENT