"Cikgu Kaunseling ni la mostly ketua bawang kat sekolah." Dek saranan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching meminta guru kaunseling sekolah lebih peka mengenal pasti pelajar yang berdepan masalah kemurungan, ianya menjadi bahan perbualan warganet. Walaupun ianya sebenar berniat baik rentetan kematian seorang pelajar berusia 13 tahun yang dilaporkan menggantung diri akibat lambakan kerja sekolah, namun ianya disambut dengan pelbagai pendapat warganet. Maklumlah ianya berdasarkan pengalaman sendiri yang rata-ratanya mengalami masalah kerahsiaan tidak dijamin oleh 'Guru Kaunseling'. Ada yang beria-ia memberitahu masalah mereka kepada guru ini tetapi kemudiannya guru-guru lain turut tahu hingga diperli dan disindir di kelas membuatkan mereka tidak lagi percaya peranan 'guru kaunseling'. Jadi, salah guru kaunseling yang tidak pandai berahsia atau kementerian yang memberi tugas pada orang yang salah?
Bagi pelajar yang mempunyai masalah di rumah atau di sekolah seperti tertekan akibat penceraian ibu bapa, dibuli, ponteng sekolah dan lain-lain mempunyai 1001 alasan untuk memprotes. Namun, jika ia ditangani dengan baik, pelajar ini mampu dirawat emosinya untuk kembali pulih seterusnya menjalani kehidupan seperti biasa. Tetapi bayangkan setelah bercerita dengan guru kaunseling, mereka pula didera emosi seperti dituduh tidak bersyukur, dilabel bermasalah, memandang penuh jijik dan lebih teruk memberitahu guru-guru lain mengenai perangai pelajar ini yang sebenarnya memerlukan bantuan mereka. Menurut seorang warganet, kebanyakan guru-guru yang menjadi kaunselor sekolah tidak berdaftar di bawah Jabatan Kaunselor Malaysia. Mereka dilantik oleh Kementerian Pendidikan, jadi mereka tidak tahu etika dalam sesi kaunseling. Bagaimanapun ia telah dibantah oleh segelintir warganet yang berpandangan bahawa setiap guru kaunseling sudah mengangkat sumpah dan tertakluk dengan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) yang jelas menerangkan etika bersama pelajar bermasalah. Perbezaan pendapat ini memberikan perspektif bahawa pihak kementerian perlu membaiki kembali strukstur kaunseling kepada pelajar. Mungkin dengan memberikan kursus psikologi secara berkala kepada guru kaunseling atau menempatkan pakar psikologi di sekolah-sekolah. Ianya supaya pelajar berasa selamat dan kebajikan mereka terbela. Moga tiada lagi kes pelajar kemurungan hingga mengambil nyawa sendiri lagi selepas ini. - CARI |
Buritan replied at 30-8-2019 03:10 PM
Sekor lg pkhemm.. mmg habislaa hampa kena telanjang..sekolah aku dulu pkhem tudung labuh tp abis sem ...
Buritan replied at 30-8-2019 03:10 PM
Sekor lg pkhemm.. mmg habislaa hampa kena telanjang..sekolah aku dulu pkhem tudung labuh tp abis sem ...
manehnya replied at 30-8-2019 03:38 PM
Setazah kt skolah ku dulu check period tgk Ada darah x, bila time solar x pergi
krustykrab replied at 30-8-2019 04:13 PM
Pi mekah tu sekadar mcm bercuti dan nk show off yg aku dah pi, ko bila lagi..
ADVERTISEMENT