Beberapa hari lepas Bella Dally ada berkongsi satu video yang memberi bayangan dia bakal mendapat cahaya mata kerana menunjukkan alat ujian kehamilan.
Kerana spekulasi itu, ramai rakan artis serta peminat mengucapkan tahniah kerana teruja Bella akhirnya mengandungkan anak pertamanya. Terbaru, pelakon berusia 28 tahun itu memuat naik satu video lagi bagi menjawab persoalan orang ramai tentang isu 'kehamilan' tersebut.
Rupanya, video itu merupakan gambaran kepada 'kelahiran' produk kecantikan di bawah jenama milik dia sendiri yang dinamakan Olumis.
Walaupun ada yang gembira dengan berita produk baru ini, namun ramai netizen yang bengang kerana berasa ditipu oleh marketing Bella itu. Ada juga netizen yang back-up strategi pemasaran Bella ini. Apa pula pendapat anda? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|