Tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menolak petisyen dalam talian pelajar tingkatan 1 yang mencadangkan agar pelajar lelaki dibenarkan berambut panjang tidak diterima baik. Menteri Belia dan Sukan itu sebaliknya menasihati pelajar terbabit, Darrell James agar memberi tumpuan terhadap pengajiannya. Aktivis pemuda dan pengasas pergerakan Undi18, Nur Qyira Yusri menyifatkan jawapan Syed Saddiq 'benar-benar mengecewakan'. Nur Qyira menegaskan bahawa pelajar juga berhak bersuara dan pendapat mereka perlu didengari. - CARI |
ADVERTISEMENT